nadzmi tunggu ardel dukung anak

Kepulangan 23 orang delegasi Global Sumud Flotilla (GSF) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi telah membuatkan ramai tersentuh, terutamanya apabila melihat delegasi-delegasi ini berpelukan dengan ahli keluarga masing-masing.

Namun antara yang menarik perhatian ialah salah seorang peserta misi kemanusiaan Ardell Aryana yang disambut oleh suaminya, Nadzmi Adhwa bersama dua orang anak mereka.

Nadzmi dilaporkan kelihatan sangat teruja sebelum memeluk dan mengucup pipi Ardell serta menghadiahkan sejambak bunga setelah hampir dua bulan tidak bertemu.

aryana 1759863770

70f1e7e7 1538 48d3 bd34 3820fbcfdbb2

Bini aku dah balik!” laung Nadzmi teruja.

Rakaman Nadzmi dukung dua anak di KLIA tarik perhatian netizen 

Dalam pada itu, seorang netizen di Threads telah berkongsi sebuah video memaparkan Nadzmi setia menanti ketibaan isterinya sambil mendukung dua anaknya yang sudah tidak sabar-sabar untuk bertemu si ibu.

Netizen rata-rata tersentuh melihat rakaman berkenaan dan menyifatkan Nadzmi sebagai seorang figura suami contoh dan menjadi tulang belakang terbaik untuk isterinya.

Ini couple yang harus wajib dijadikan contoh. Seorang lelaki yang betul-betul jadi tulang belakang isteri. Dia tunggu isteri dia tanpa ego nak handsome-handsome gitu. 

“Steady je dukung dua-dua anak dia. Limited edition punya love story dua orang ni. Semoga sentiasa dalam jagaan Allah,” tulis netizen bernama liny.pang ini.

Terdahulu, Ardell Aryana di antara 23 sukarelawan GSF yang dibebaskan selepas ditahan pada 2 Oktober lalu dalam misi menghantar bantuan ke Gaza.

Semalam, 23 delegasi ini selamat tiba di tanah air dari Istanbul, Turkiye selepas dibebaskan daripada tahanan rejim Zionis.

Selain Ardell, selebriti an aktivis seperti Zizi Kirana, Heliza Helmi, Hazwani Helmi dan ramai lagi turut tiba di KLIA semalam sambil disambut oleh suami dan ahli keluarga masing-masing.

Sumber: Astro Gempak, Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.