Pelan Tindakan Kesihatan Bumi Negara (PTKBN) : Malaysia Terima Pengiktirafan Antarabangsa Di Rotterdam

3 hours ago 2

Malaysia telah mengukir nama di persada antarabangsa apabila menerima pengiktirafan berprestij sempena Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM) 2025 di Rotterdam, menerusi Pelan Tindakan Kesihatan Bumi Negara (PTKBN) yang bakal diperkenalkan.

Pengiktirafan ini, yang disampaikan oleh Planetary Health Alliance, meletakkan negara kita dalam kalangan negara yang disegani atas pendekatan progresif berasaskan sains yang diguna pakai.

PTKBN adalah lebih daripada sekadar dokumen dasar. Ia adalah rangka kerja pendekatan keseluruhan negara yang dimandatkan oleh Majlis Sains Negara pada tahun 2022 melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Chairperson of NPHAP Academician Professor Emerita Datuk Dr Asma Ismail FASc presented the brief about NPHAP 1

Dibangunkan oleh Akademi Sains Malaysia (ASM), pelan ini berfungsi sebagai peta jalan untuk menyelaras pembangunan negara dalam lingkungan sempadan planet yang lestari.

Apa yang menarik tentang PTKBN ialah proses pembangunannya yang inklusif, melibatkan input daripada pelbagai pihak seperti komuniti saintifik, pembuat dasar, masyarakat sivil, golongan belia dan juga pihak industri.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Tuan Chang Lih Kang, menegaskan bahawa rangka tindakan ini, yang berasaskan bukti, digubal untuk menyeimbangkan kesejahteraan manusia, kelestarian alam sekitar dan daya tahan ekonomi.

Chairperson of NPHAP Academician Professor Emerita Datuk Dr Asma Ismail FASc front middle with the recognition by Planetary Health Alliance

Selain itu, pengiktirafan ini menguatkan lagi tekad Malaysia untuk bersama komuniti global dalam menjaga kesihatan manusia dan bumi. 

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Planetary Health Alliance, Dr Rachel Marcus, turut memuji inisiatif ini dengan menjelaskan bahawa PTKBN mencerminkan langkah proaktif yang diperlukan untuk memacu kesihatan bumi di peringkat global.

Ini adalah kerana PTKBN menyediakan hala tuju yang sangat jelas dan terperinci yang mana Pelan tindakan ini berpaksikan enam Bidang Keberhasilan Utama, didorong oleh 53 strategi dan disokong dengan 222 pelan tindakan konkrit.

Chairperson of NPHAP Academician Professor Emerita Datuk Dr Asma Ismail FASc presented the brief about NPHAP 2

Secara tidak langsung, ini menunjukkan keyakinan antarabangsa yang kukuh terhadap komitmen dan pendirian proaktif Malaysia dalam agenda kesihatan bumi.

Artikel berkaitan : Malaysia Techlympics 2025: Memperkasakan Generasi STEM Masa Depan

Artikel berkaitan : “Melibatkan 8 ribu saintis dan sekolah” – Program STI 100³ MOSTI Raih 2 Pengiktirafan Malaysia Book of Records

Presiden ASM, Datuk Dr Tengku Mohd Azzman Shariffadeen berkata bahawa melalui PTKBN, bukti saintifik akan membimbing dasar-dasar negara yang bukan sahaja akan meningkatkan kualiti hidup rakyat, tetapi juga melindungi alam semula jadi. Visi jangka panjangnya adalah untuk mewujudkan peluang ekonomi yang mampan sambil memelihara sumber alam untuk generasi akan datang.

Pengiktirafan di PHAM 2025 telah disampaikan oleh Pengarah Fakulti Planetary Health Alliance, Profesor Dr Samuel Myers, kepada Pengerusi PTKBN, Academician Profesor Emerita Datuk Dr Asma Ismail FASc, bersama-sama wakil utama ASM dan Tonggak PTKBN.

PTKBN dijadual akan dilancarkan secara rasmi pada Forum Kesihatan Bumi Negara yang akan datang.

Sumber : MOSTI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |