Polis telah menahan seorang lelaki yang dipercayai guru bagi membantu siasatan kes gangguan seksual terhadap seorang murid sekolah rendah di kawasan Seri Alam yang tular di media sosial, semalam.
Penahanan itu dilakukan susulan tular hantaran dimuat naik menerusi Facebook bekas guru Matematik, Mohd Fadli Salleh berkaitan kejadian itu.
Dalam hantaran berkenaan, pemilik akaun mendakwa, kejadian berlaku September lalu membabitkan seorang guru berusia 20-an dan murid perempuan yang ketika itu berusia 12 tahun.
Perkara itu terbongkar apabila murid terbabit didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh kepada murid lain sebelum kejadian disiasat pihak sekolah dan kanak-kanak berkenaan mengaku melakukan hubungan seksual dengan guru berkenaan.
Katanya lagi, guru besar sekolah terbabit telah pun membuat laporan polis sebanyak dua kali untuk menggesa Pusat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Gudang mengambil tindakan tegas terhadap guru terbabit.
Menurutnya, guru itu sudah dipindahkan sementara ke PPD selama tiga bulan namun dia dibenarkan mengajar semula bermula sesi persekolahan tahun ini.
Artikel berkaitan: “Di bawah pokok, rumah” – Guru Kelas Didakwa Lakukan Perbuatan Tak Senonoh Terhadap Pelajar Lelaki
Artikel berkaitan: Suspek L*wat, Kurung Remaja Lelaki 14 Tahun Di Bukit Kemuning Sudah Ditahan Polis
Polis tahan guru
Pemangku Ketua Polis Johor Deputi Komisioner Hoo Chuan Huat berkata, polis menerima laporan daripada ibu mangsa berusia 37 tahun pada 9 malam selepas hantaran berkenaan tular.
“Pengadu memaklumkan kejadian cabul itu berlaku pada 2025 di kawasan Seri Alam, Johor.
“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam menahan seorang suspek lelaki berusia 28 tahun pada 10.30 malam tadi bagi membantu siasatan,” katanya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Guru terbabit direhatkan serta-merta
Dalam perkembangan lain, Kementerian Pendidikan (KPM) menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan berhubung kes terbabit.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, ketika ini guru terbabit direhatkan serta-merta sementara siasatan dijalankan.
“Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mengambil alih kes ini sepenuhnya. Individu terbabit sudah ditahan oleh pihak berkuasa.
“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah melindungi anak ini. KPM akan teruskan siasatan dalaman,” katanya.
Sumber: Berita Harian, Harian Metro

16 hours ago
10






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















