Artis Ramai Curang? 4 Pasangan Ini Buktikan Hubungan Cinta Yang Utuh Masih Wujud

3 hours ago 7

Bila mendengar kes curang ini, artis adalah antara golongan utama yang akan menjadi sasaran orang ramai. Tidak dinafikan, banyak artis yang bercerai disebabkan kes curang.

Bagaimanapun, bukan semua artis sebegitu. Senarai pasangan selebriti ini membuktikan hubungan cinta masih kukuh biarpun sudah bersama berdekad lamanya dan mereka juga ada kongsikan tips untuk hubungan yang kekal.

Artikel berkaitan : Dah Popular Di Hollywood, Henry Golding Tetap Puji Keindahan Alam Malaysia & Resort Di Langkawi

Artikel berkaitan : Kereta Perodua Kelisa Jadi Prop Filem Hollywood, Siap Dapat ‘Sign’ Mark Wahlberg Lagi!

 1. Pierce Brosnan & Keely Shaye Smith

Bercinta sejak 1994 & berkahwin pada 2004

Tinggalkan isteri sebab saiz badan semakin besar? Pierce Brosnan bukan typical lelaki macam itu.  Selepas isteri pertamanya meninggal dunia akibat kanser, Pierce Brosnan bertemu Keely Shaye Smith dan membina kehidupan baharu bersama.

Selama lebih 30 tahun bersama, mereka jarang dikaitkan dengan kontroversi rumah tangga.
Malah Brosnan sering mempertahankan isterinya daripada kritikan mengenai perubahan penampilan fizikal isterinya di media sosial.

Bahkan, Brosnan terima Keely seadanya dan langsung tak pernah meminta untuk isterinya untuk mengubah penampilannya.

Beliau berkali-kali menyatakan bahawa beliau mencintai Keely seadanya dan tidak pernah meminta isterinya mengubah diri untuk memenuhi standard kecantikan orang lain.

Pierce Brosnan Wife Keely Shaye Smith 3 67F191B9332B2 700

Mereka juga kerap menghadiri acara bersama dan berkongsi sokongan terhadap kerja serta minat masing-masing.

“Saya sangat menyukai bentuk tubuhnya. Dia wanita tercantik di mata saya. Dan juga kerana dia melahirkan 5 orang anak kami,” katanya.

“Dahulu, saya benar-benar mencintainya kerana dirinya, bukan sahaja kerana kecantikannya, dan kini saya semakin mencintainya kerana dia ibu kepada anak-anak saya. Dan saya sangat berbangga dengannya, dan saya sentiasa berusaha untuk menjadi layak mendapat cintanya.”

2. Paul Newman & Joanne Woodward

Screenshot 2026 08 24 181616

Dah bersama 50 tahun! (dari 1958 hingga 2008 sehingga Paul Newman meninggal dunia)

Pasangan ini dilabelkan sebagai pasangan paling bahagia di dunia kerana kedua-duanya bekerja dalam industri hiburan yang sama dan penuh dengan godaan, tetapi cinta mereka masih utuh.

Mereka juga dilihat sering bekerjasama dalam filem dan aktiviti amal. Bahkan, dalam satu temuduga bersama Playboy sebelum ini, Newman sempat berseloroh dengan mengatakan…

“I have steak at home; why go out for hamburger?”

Pada tahun 2008, Paul Newman meninggal dunia akibat kanser paru-paru. Selepas kematiannya, hubungan mereka sering dirujuk sebagai salah satu perkahwinan yang paling bahagia di Hollywood berbanding dengan selebriti lain yang bercerai-berai.

3. Tom Hanks & Rita Wilson

Mula berkahwin pada 30 April 1988 dan sehingga kini masih bersama!

Mereka bertemu pada tahun 1981 dan pada tahun 1985, Tom Hank dan Rita Wilson mula membintangi filem Volunteers. Dari situ cinta mereka mula berputik dan kemudian pasangan ini mengisytiharkan hubungan cinta mereka kepada umum pada Disember 1986 menerusi acara karpet merah untuk premiere filem Three Amigos sebelum berkahwin pada 30 April 1988.

Screenshot 2026 08 24 184818

Selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga, Rita Wilson pernah diduga dengan penyakit barah payudara pada 14 April 2015. Dalam tempoh itu, Tom Hanks sentiasa berada di sisi Rita ketika isterinya menjalani rawatan. Bahkan pada Mac 2020, mereka berdua bersama-sama bertarung nyawa melawan Covid-19 dan menjaga satu sama lain.

Sepanjang perkahwinan, mereka memang jarang terpalit dengan kontroversi rumah tangga dan sebaliknya mereka saling menyokong kerjaya masing-masing.

4. Sarah Michelle Gellar & Freddie Prinze Jr.

Screenshot 2026 08 24 185229

Pada asalnya, Sarah Michelle Gellar & Freddie Prinze Jr. bertemu pertama kali semasa penggambaran I Know What You Did Last Summer pada tahun 1997. Bagaimanapun, persahabatan mereka kemudian menjadi semakin akrab, namun pada waktu itu mereka langsung tak ada sebarang perasaan di antara satu sama lain.

Namun, pada Januari 2000, mereka dikatakan dating tanpa sengaja. Difahamkan, mereka sebenarnya sudah biasa keluar makan bersama, tetapi pada satu malam, mereka mahu makan bersama seorang rakan (mutual friend) tetapi rakan tersebut tidak hadir. Mereka kemudian terpaksa meneruskan aktiviti tersebut berdua dan pada waktu itu muncul satu rasa yang ‘berbeza’.

Selepas dari itu, hubungan cinta mereka menjadi rasmi dan pasangan ini mengikat tali pertunangan pada tahun 2001 dan berkahwin pada tahun 2002. Sepanjang perkahwinan, pasangan ini lebih gemar menjalani hubungan secara privasi, walaupun mereka adalah antara pasangan yang terkenal di Hollywood dan sering mendapat perhatian media.

Dikatakan, pasangan ini mempunyai peraturan iaitu mereka tidak boleh menggunakan telefon ketika makan malam supaya mereka dapat berkomunikasi dan memberikan perhatian kepada satu sama lain.

Sumber : Boredpanda, People.com, instyle.com

Kalau korang percaya kesetiaan masih penting dalam hubungan, sertai ikrar #KamiPilihSetia di pautan ini.

Kempen #KamiPilihSetia oleh Lobak Merah

Atau sertai kempen ini menerusi QR di bawah:

Qr Generated Jul 16 2026 1 384X384 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |