Tragedi memilukan menimpa sebuah keluarga apabila dua beranak ditemui rentung dalam satu kejadian kebakaran rumah di Kampung Tok Jembal, Kuala Terengganu, Terengganu hari ini.
Mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai Amirul Fahmi Wan Jusoh, 40, bersama anak lelakinya, Rehan Yusuf, 9.
Lebih menyayat hati, mayat kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan berpelukan di dalam sebuah bilik tidur di tingkat atas rumah berkenaan selepas api berjaya dipadamkan oleh pihak bomba.
Artikel berkaitan: “Maaf jika perbuatan saya mengguris hati” – Izreen Azminda & Intan Salleh Akhirnya Berdamai, Berpelukan Di Mahkamah
Artikel berkaitan: “Opie Loves Madihah!” – Video Elyana Berpelukan Dengan Anne Ngasri Buat Netizen Rindu Drama Dunia Baru
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Terengganu, Shahrin Yusmar Mat Yusof berkata, pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 2.49 pagi sebelum sepasukan 24 pegawai dan anggota bergegas ke lokasi kejadian.
Menurut beliau, usaha untuk menyelamatkan kedua-dua mangsa yang terperangkap di tingkat atas berdepan kesukaran ekoran api yang terlalu marak.
“Kami hanya dapat menaiki tingkat atas dengan menaiki kerangka besi selepas tiga jam dan menemui mayat kedua-dua mangsa dalam keadaan berpelukan.
Mayat kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan dari tingkat atas rumah terbabit pada pukul 8.40 pagi,” katanya.
Beliau menambah, mayat kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Zainal Abidin di sini untuk tindakan lanjut.
Dalam kejadian sama, ibu kepada Amirul Fahmi, Maimunah Muda, 67, beruntung kerana sempat diselamatkan oleh penduduk kampung yang menyedari kebakaran terbabit.
“Seorang lagi mangsa iaitu ibu Amirul Fahmi, Maimunah Muda, 67, berjaya diselamatkan penduduk kampung yang menyedari kebakaran terbabit,” katanya.
Difahamkan, isteri kepada Amirul Fahmi, Nur Izah Ahmad, 30-an, yang baru sahaja habis berpantang bersama dua lagi anak mereka berusia tiga bulan dan tiga tahun selamat kerana berada di rumah ibunya di Paloh, Kuala Terengganu sewaktu kejadian berlaku.
Sumber: Kosmo!

4 hours ago
4






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















