Ratu cantik negara, Taanusiya Chetty mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa menerusi persembahan cemerlang dalam pusingan Head to Head Challenge di pertandingan Miss World.
Mewakili suara dan kepelbagaian budaya Malaysia, Taanusiya mencuri tumpuan ramai apabila menyampaikan bahagian penutup ucapannya dalam empat bahasa berbeza iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil dengan begitu fasih serta yakin.
Artikel berkaitan: Promosi ‘Gummies’ Kesihatan Palsu, Bekas Ratu Cantik Kena Penjara 2 Tahun
Artikel berkaitan: Peserta Miss Grand Thailand Jadi Tumpuan Ramai Gara-gara Veneer Gigi Tercabut Ketika Pertandingan
Mesej Inspirasi Sentuh Hati Penonton
Bukan sahaja kebolehan pelbagai bahasanya yang dipuji, malah mesej mendalam yang disampaikan oleh Taanusiya turut menyentuh hati para juri dan penonton.
Dalam penutup ucapannya yang tular di media sosial, beliau menitipkan pesanan agar setiap individu berani menjadi pemangkin kepada perubahan.
“Jangan tunggu dunia berubah, jadilah perubahan,” katanya tegas ketika menyampaikan pesanan dalam Bahasa Melayu.
Beliau kemudiannya menyambung pesanan berkenaan dalam bahasa Mandarin dan Tamil sebelum merumuskan bahawa kebolehan untuk menjadi agen perubahan itu adalah teras utama kepada kriteria seorang ratu Miss World.
Menjengah ke ruang komen media sosial, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi dan pujian terhadap persembahan beliau;

Dengan persembahan yang mantap dan berkeyakinan tinggi ini, ramai peminat meluahkan harapan agar Taanusiya mampu melangkah lebih jauh serta membawa pulang mahkota kebanggaan buat Malaysia dalam pertandingan berprestij itu.
Sumber: Threads

13 hours ago
18































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















