24 Produk Pelancongan Terima Pengiktirafan Ikonik Ketika Selangor Memperkukuh Laluan Menuju Tahun Melawat Selangor 2026

17 hours ago 10

Tourism Selangor hari ini mengiktiraf 24 produk pelancongan cemerlang menerusi Anugerah Produk Ikonik Tourism Selangor 2025, sebagai penghargaan kepada pemain industri yang telah menunjukkan kecemerlangan dari segi kualiti, inovasi dan pengalaman pelawat dalam landskap pelancongan Selangor.

Dsc09633

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YB Dato’ Ng Suee Lim, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Selangor, dalam satu majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam.

Para penerima tahun ini mencerminkan kepelbagaian dan kekuatan penawaran pelancongan Selangor merangkumi lima segmen utama seperti berikut:

Pelancongan Agro

  1. Selangor Fruit Valley
  2. Saudagar Nanas
  3. DurianBB
  4. Lee’s Cocoa
  5. Nur Lembah Pangsun Eco Resort

Pelancongan Kesihatan

  1. Alpha International Women’s Specialists
  2. Avisena Specialist Hospital 2
  3. MAHSA Specialist Hospital
  4. Hospital Picaso
  5. KPJ Klang Specialist Hospital 

Pelancongan Gastronomi

  1. Tart Nanas Warisan
  2. Heritaste
  3. Chop Guan Kee Coffee
  4. TheFOODtree Restaurant
  5. Dking SS2

Pelancongan Budaya

  1. Adunan Gamelan Irama Melayu
  2. Muzium Sultan Alam Shah
  3. Kelab Wau Kapal Cagat Selangor
  4. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 

Pelancongan Berasaskan Komun

  1. Rumah Papan Pandamaran
  2. Jungle School Gombak & IIUM JSI
  3. Catopia Taman Kucing Shah Alam
  4. Madu Kelulut Asli & Madu Bee-Xtra
  5. Inspirasi Hulu Langat Nature (Potpourri Herba)

Dsc09490

Dsc09493

Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen Tourism Selangor dalam memperkukuh ekosistem pelancongan negeri dengan mengetengahkan produk yang melambangkan keaslian, kualiti dan kecemerlangan.

Sebagai produk pelancongan yang diiktiraf secara rasmi sebagai ikon pelancongan negeri, para penerima akan diketengahkan menerusi pelbagai inisiatif promosi dan pemasaran Tourism Selangor di peringkat domestik dan antarabangsa.

“Anugerah Produk Ikonik Tourism Selangor merupakan satu penghargaan kepada pemain industri yang terus memperkasa landskap pelancongan Selangor melalui inovasi, keaslian dan kecemerlangan perkhidmatan.”

“Produk-produk yang diiktiraf ini mewakili yang terbaik ditawarkan oleh negeri ini dan memainkan peranan penting dalam meningkatkan daya saing destinasi.”

“Menjelang Tahun Melawat Selangor 2026, Kerajaan Negeri komited untuk terus menyokong inisiatif yang memacu pertumbuhan pelancongan mampan, memperkukuh kecemerlangan industri serta mengukuhkan kedudukan Selangor sebagai destinasi pelancongan utama di Malaysia dan rantau ini.”– kata YB Dato’ Ng Suee Lim.

Dsc09364

Sebagai negeri yang menerima kedatangan pelawat tertinggi di Malaysia selama lima tahun berturut-turut, Selangor terus mencatat prestasi memberangsangkan apabila merekodkan 36.4 juta pelawat domestik pada tahun 2025, meningkat sebanyak 5.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Momentum ini mengukuhkan persediaan negeri ke arah Tahun Melawat Selangor 2026 serta aspirasi untuk memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi pelancongan utama di rantau ini.

Majlis tersebut turut meraikan para penerima ASEAN Tourism Standards (ATS) 2026-2028, sekali gus mengukuhkan reputasi Selangor sebagai destinasi yang menawarkan produk dan pengalaman pelancongan bertaraf serantau.

Dsc09817

Pengiktirafan ini membuktikan bahawa produk dan pengusaha pelancongan negeri bukan sahaja memenuhi piawaian tempatan, malah berdaya saing di peringkat ASEAN.

Turut dilancarkan pada majlis tersebut ialah Pelan Induk Pelancongan Negeri Selangor 2026-2030, yang mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memperkukuh pembangunan dan pertumbuhan sektor pelancongan Selangor.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |