Setelah bertahun bertelagah, konflik antara pelakon Izreen Azminda dan juga bekas madunya, Intan Salleh akhirnya diselesaikan secara baik.
Perkara itu dimaklumkan oleh kedua-dua belah pihak yang berkongsi momen bermaafan dan berpelukan di luar mahkamah.
Izreen yang memuat naik foto bersama Intan di laman Instagram berharap hubungan baik kekal demi keluarga terutama cahaya mata mereka.
“Syukur Alhamdulillah ya Allah akhirnya pertikaian antara kami dapat diselesaikan secara baik. Terima kasih Intan.
“Harapan saya agar selepas ini hubungan yang terjalin dapat lebih terpelihara demi kebahagiaan kita bersama, terutamanya untuk anak-anak,” titipnya.
Dalam perkongsian tersebut, Izreen turut mengambil kesempatan untuk memohon maaf atas segala kesilapan lalu.
“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf jika sebarang tindakan atau perbuatan saya sebelum ini yang mengguris hati Intan dan mana-mana pihak,” katanya.
Artikel berkaitan: “Kau cantik, rampas hak orang tak? Lemah!” – [VIDEO] TikTok Bekas Madu Izreen Azminda Tarik Perhatian Ramai
Artikel berkaitan: “Memang mahu tutup periuk nasi saya” – Izreen Azminda Pertahan Diri Lepas Dihentam Netizen
Izreen juga meluahkan rasa kesal terhadap apa yang berlaku dan mengakui jika diundurkan masa, dia tidak akan memilih jalan yang sama.
“Jika sesuatu itu dapat diputarkan kembali, tidak mungkin jalan ini yang dipilih.
“Terima kasih sekali lagi Intan. Hanya Allah mampu membalas segala kebaikan,” luahnya.

Difahamkan, kedua-dua pihak hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi prosiding kes saman fitnah yang difailkan pada tahun 2023.
Terdahulu, konflik antara Izreen dan Intan pernah menjadi sorotan apabila masing-masing saling membalas kenyataan di media sosial.
Untuk rekod, Izreen berkahwin dengan pemuzik Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude pada 8 Ogos 2017 sebagai isteri kedua.
Ude dan Intan kemudian berpisah pada 22 Mac 2018 selepas pemuzik itu melafazkan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.
Sumber: Instagram

7 hours ago
10































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















