Tongkat Hadi Awang Dibida Dengan Harga RM 16,500, Pembida Sangkal Dakwaan Taasub

13 hours ago 16

Tongkat kayu kemuning milik Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang kini sedang mencuri perhatian, tongkat tersebut telah dilelong pada harga RM16,500 dalam Majlis Makan Malam Amal PAS Melaka pada malam tadi.

Tongkat yang tertera dengan parap TGHH yang bermaksud ‘Tuan Guru Haji Hadi’ itu dilelong khas dengan persetujuan Abdul Hadi sendiri bagi membantu jentera PAS menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak lama lagi.

Artikel berkaitan : Presiden PAS, Abdul Hadi Awang Dipanggil Polis Berhubung Kenyataan Hasutan

Artikel berkaitan : Olimpik Tokyo 2020: Azizulhasni Awang Hadiahkan Pingat Perak Untuk Malaysia Dalam Acara Keirin

Bida tongkat dengan harga RM 16,500

Menurut Berita Harian, tongkat itu mula dibida dengan harga RM 2,500 sebelum ianya berjaya dibeli oleh bekas pendaki Gunung Everest negara yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Lembah Pantai, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin pada harga RM16,500

Lelongan berkenaan antara usaha mengumpul sumbangan bagi tabung parti. Tongkat tersebut telahpun diserahkan sendiri kepada Abdul Hadi kepada Muhamad Muqharabbi yang baru sahaja meyertai PAS pada Jun lalu.

Screenshot 2026 08 24 151115

Bukan sebab taasub tapi…

Sementara itu, Muhamad Muqharabbin menjelaskan bahawa ia bukanlah disebabkan perasaan taasub terhadap manusia dan nilai barang berkenaan, sebaliknya ingin dijadikan kenangan serta peringatan bahawa kudrat manusia bukan lah kekal selama-lamanya.

“Yang paling penting, tongkat ini menjadi ingatan keras kepada diri saya sendiri.Hari ini kita masih kuat, masih mampu berjalan, mendaki puncak tertinggi, berlari sejauh 50 kilometer, berkayuh mengelilingi dunia, bekerja dan berjuang.”

Screenshot 2026 08 24 153127

“Tetapi kekuatan itu tidak akan kekal selamanya. Jika Allah panjangkan usia, suatu hari nanti saya juga akan tua dan mungkin akan bertongkat.”

Tambahnya lagi, nilai bidaan berharga RM16,500 itu ada membawa simbolik peribadi kepadanya, bahawa angka 1 merujuk kepada ihsan, 6 kepada iman dah 5 kepada Islam sementara 2 angka 0 pula menjadi peringatan bahawa manusia akhirnya akan meninggalkan dunia tanpa membawa bersama segala yang dimiliki.

“Bukan tafsiran agama terhadap angka, sekadar simbol untuk mengingatkan diri agar menjaga Islam, iman dan ihsan hingga akhir hayat. Sebuah tongkat, sebuah kenangan, tetapi membawa peringatan untuk sepanjang kehidupan.”

Sumber : Berita Harian, Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |