Syarikat Tempatan, Ini Peluang Anda Daftar Ke Pasaran Global Bersama INSP MIHAS 2026

9 hours ago 12

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mengajak syarikat-syarikat Malaysia merebut peluang perniagaan baharu di peringkat global dengan mendaftar untuk menyertai Program Sumber Antarabangsa (INSP) utamanya sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) ke-22 yang bakal berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur dari 23 hingga 26 September 2026.

Mihas 22Nd Banner.jpg

Berikutan momentum kukuh INSP MIHAS 2025 yang menjana jualan bernilai RM3.63 bilion, edisi tahun ini menerima minat tinggi daripada pembeli antarabangsa, sekali gus mengukuhkan kedudukan MIHAS sebagai platform perdagangan halal global yang terkemuka. INSP MIHAS 2026 menampilkan kategori produk dan perkhidmatan utama termasuk:

  • Hasil Pertanian
  • Pakaian, Tekstil dan Aksesori
  • Minuman
  • Pendidikan
  • Aksesori Fesyen dan Tekstil
  • Kasut
  • Francais
  • Hadiah, Cenderamata dan Barang Kemas
  • Sarung Tangan
  • Perkhidmatan Kewangan Islam
  • Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
  • Logistik
  • Jentera dan Peralatan
  • Pembungkusan dan Bekas
  • Produk Sawit
  • Produk Haiwan Peliharaan
  • Farmaseutikal
  • Barangan Keperluan Diri dan Kosmetik
  • Makanan Sedia Dimakan

Selain daripada segmen makanan dan minuman halal yang menjadi tumpuan utama, edisi tahun ini turut menyaksikan peningkatan minat terhadap sektor perkhidmatan.

Melalui INSP MIHAS, syarikat Malaysia berpeluang bertemu secara terus dengan pembeli antarabangsa yang berminat terhadap produk dan perkhidmatan halal tempatan. Sesi pertemuan perniagaan satu sama satu ini akan membantu membuka lebih banyak peluang eksport ke pasaran global.

Memandangkan slot pertemuan adalah terhad, syarikat digalakkan mendaftar awal bagi meningkatkan peluang menyertai program ini.

“Sejak MIHAS diperkenalkan pada tahun 2004, Program Sumber Antarabangsa (INSP) telah menjana lebih RM20.62 bilion nilai jualan eksport untuk syarikat Malaysia, dengan penyertaan hampir 8,000 pembeli antarabangsa”

“Program ini turut memberi manfaat kepada 10,600 penjual Malaysia menerusi 67,200 sesi pertemuan perniagaan berstruktur,”- Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MATRADE, Encik Abu Bakar Yusof

Bagi tahun ini, MIHAS menyasarkan penyertaan kira-kira 300 pembeli antarabangsa, termasuk 50 pembeli premium. Sasaran ini mencerminkan komitmen MIHAS untuk menarik lebih ramai pembuat keputusan berkualiti tinggi serta membuka lebih banyak peluang perniagaan kepada syarikat Malaysia. MIHAS turut menyasarkan jualan eksport bernilai RM2 bilion menerusi komponen INSP.

“Setakat ini, kami telah menerima minat daripada lebih 500 pembeli antarabangsa dari 55 ekonomi, dan kami menggalakkan syarikat Malaysia mendaftar lebih awal bagi memaksimumkan peluang padanan perniagaan mereka.”

“MIHAS 2026 dijangka menjana jumlah jualan keseluruhan sebanyak RM4.50 bilion, termasuk jualan eksport menerusi INSP.” – katanya lagi

Encik Abu Bakar Yusof turut berkata, sebanyak 15% daripada pembeli yang berminat merupakan peserta yang pernah menyertai program ini sebelum ini, sekali gus membuktikan keyakinan berterusan mereka terhadap pengeksport Malaysia serta potensi produk tempatan untuk terus bersaing di pasaran global.

Pengeksport Malaysia boleh mendaftar melalui portal dalam talian INSP MIHAS dan Platform Perdagangan Digital MADANI (MDTP) sebelum 31 Julai 2026 bagi memanfaatkan salah satu inisiatif padanan perniagaan paling berimpak yang ditawarkan oleh MIHAS.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |