rekrut doktor malaysia ke singapura

Bila bercakap mengenai pekerjaan dengan gaji yang lumayan dan berkali ganda dengan apa yang korang dapat di Malaysia, pasti ramai yang terbayang bekerja di negara jiran seperti Singapura yang ternyata mempunyai nilai mata wang yang lebih tinggi dari kita.

Baru-baru ini, tular di aplikasi Threads memaparkan hantaran daripada seorang individu berkenaan recruiter yang didakwa dari Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura bakal turun ke Kuala Lumpur untuk merekrut doktor serta jururawat di negara kita yang berminat untuk bekerja di sana.

GvVz3VCWcAAWehf

Dalam iklan tersebut, dipaparkan nilai gaji yang dianggar sebanyak SGD 110,000 bersamaan dengan RM365,074 setahun yang ditawarkan kepada doktor manakala, SGD 90,000 (RM298,697) bagi jururawat yang ingin bekerja di Singapura.

Peluang yang sangat bagus untuk kumpul savings sekurang-kurangnya selama 2 tahun dan kemudian pulang ke Malaysia jika homesick,” tulis hantaran tersebut.

516742625 17916311214106461 1867451346663042956 n

517289098 17916311211106461 8760485139246817069 n

Artikel berkaitan: “Gaji hampir sama doktor pakar” – Jururawat Di Johor Berhijrah Ke Singapura, Gaji Lebih Lumayan

Ramai luah risau kita kehilangan tenaga kerja yang berbakat 

Hantaran tersebut telah mengundang rasa bimbang di kalangan netizen akan berapa ramai graduan-graduan terbaik Malaysia dan tenaga kerja di negara yang telah berhijrah ke negara lain kerana tawaran gaji yang lebih lumayan.

Malah ramai juga yang berharap pihak kerajaan dapat melakukan sesuatu sebelum perkara ini menjadi lebih parah.

kkmm

Apa pendapat korang mengenai isu ini? Makin lama, makin kuranglah doktor yang bertugas di Malaysia ni. 

Sumber: Threads, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.