“Semuanya okay selagi saya tak…” – Dikecam Kerana Rakam TikTok Dalam Tren Di Korea, Imran Bard Beri Respon

14 hours ago 15

Bila pergi bercuti, semestinya kita nak abadikan setiap momen sebagai kenangan. Zaman sekarang pula teknologi makin canggih, kita boleh terus muat naik video atau gambar yang diambil semasa bercuti di laman sosial media tersendiri.

Tidak dinafikan, TikTok kini menjadi ‘port’ utama pengguna media sosial untuk berkongsi pelbagai momen. Tambahan pula dengan muzik viral yang sering menjadi pilihan.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang dimuat naik oleh pempengaruh media sosial, Imran Bard yang ketika itu sedang bercuti di Korea Selatan. Video tersebut mencuri perhatian ramai selepas dia dilihat menari di dalam sebuah tren awam di negara tersebut.

@imeringue2♬ original sound – officialAp26

Artikel berkaitan: “Sama! Perangai pun sama!” – Personaliti Media Sosial Dari US Seakan ‘Twin’ Imran Bard Buat Ramai Terhibur

Artikel berkaitan: Ellie Suriaty Tolak Permohonan Maaf Secara Tertutup, Bagi Tempoh Sampai Hari Raya

Selain video yang dimuat naik oleh Imran sendiri, satu lagi rakaman dari sudut berbeza turut dikongsikan oleh rakannya menerusi akaun TikTok berlainan.

@all.alia.0is this normal korea?♬ original sound – ㅤ

Sudah pasti, video tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen, baik positif mahupun negatif. Ada yang berpendapat tindakan Imran itu kurang sesuai kerana dianggap tidak mencerminkan adab dan etika yang sepatutnya ditunjukkan ketika berada di negara orang.

Perdebatan itu berterusan hingga ke aplikasi Threads. Beberapa pengguna mula berkongsi semula video tersebut sambil meninggalkan pelbagai komen mengenai tindakan Imran.

Susulan perkara tersebut, Imran tampil memberi penjelasan di Threads bagi menjawab persoalan dan teguran yang diterima daripada netizen.

Jelas Imran, video itu nampak mengelirukan kerana tiada konteks yang diberikan. Sebelum dia mula merakam video tersebut, seorang wanita Korea sempat bertanya “TikTok, Tiktok?” sambil ketawa sebelum meninggalkan lokasi.

Tambahnya lagi, situasi tersebut tidak menjadi masalah selagi dia tidak melakukan vandalisme atau menjejaskan ketenteraman orang sekeliling.

“Semuanya okay selagi saya tidak melakukan vandalisme atau menyakiti sesiapa,” tulis Imran di Threads

Imran turut menjelaskan bahawa video tersebut dirakam sekitar jam 11 malam (waktu Korea), ketika keadaan tren berkenaan sudah kosong dan tidak dipenuhi penumpang.

Threadsdownloader.com 024Fc8 1

Di sebalik kontroversi yang tercetus, video tersebut turut membawa perkara positif apabila Imran menerima tawaran kolaborasi bersama beberapa influencer Korea untuk menghasilkan kandungan bersama.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |