“Semua yang datang rumah, dia kutuk aku” – Zarina Anjoulie Dedah Perangai Narsistik Ibu Sendiri?

2 hours ago 2

Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie mendakwa bahawa ibunya Norzaini Abdul Hamid atau dikenali sebagai Aunty Aini itu sebagai individu yang narsistik dan cemburukan anaknya sendiri.

Anju atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul berkata, ibunya juga dikatakan suka ‘menjaja’ keburukan dirinya kepada orang lain.

Artikel berkaitan :  “Hubungan kami tiada pelik-pelik” – Zarina Anjoulie Anggap Nedim Nazri Seperti Abang

Artikel berkaitan : Zarina Zainuddin Nafi Jadikan Sky Okumura Sebagai ‘Content&’, Hanya Ingin Kongsi Perkembangan

@applemerah_91

Sedih rupanya kisah hidup Anju 🥹 #fyp

♬ original sound – applemerah🐇 – applemerah🐇

“Ada tak mak sendiri cemburu dekat anak? Semua orang yang datang rumah, dia kutuk aku. Dia suka cerita aib aku. Tapi depan orang dia berlakon dia baik.”

“Mak aku ini jenis kalau dia tak suka seseorang, dia akan hasut orang lain untuk tak suka kau termasuk anak sendiri.”

Jelasnya lagi, Aunty Aini yang juga merupakan seorang personaliti masakan popular pernah memberi amaran kepadanya supaya tidak dedahkan hubungan kekeluargaan mereka.

“Dia pernah cakap ‘kau jangan cakap dekat orang yang kau anak aku, kau jangan malukan aku’.”

“Dia siap doa ‘Ya Allah Ya Tuhanku, Kau tolonglah miskinkan anak aku, harap-harap dia tak ada rezeki’. Itulah doa dia setiap hari.”

“Pernah masa anak aku Matin kecil, dia kata aku ini orang gaji dia. Dia tak bagi Matin panggil aku mama, dia suruh panggil Anju.”

Bagaimanapun, Zarina menjelaskan bahawa dia masih berada di rumah ibunya kerana mahu di sisi anaknya.

Malah, Anju turut mendedahkan yang ibunya itu dikatakan suka membandingkan dirinya dengan adik beradik lain. Pun begitu, Anju meluahkan rasa syukur apabila mempunyai bapa dan ibu tiri yang baik.

“Aku dah maafkan mak aku 10 kali tapi dia buat lagi. Alhamdulillah, aku sujud syukur sebab beri ayah yang sangat baik. Mak tiri aku pun jauh lebih baik daripada mak aku sendiri.”

@applemerah_91

Replying to @mieraar96 Part 2. tgk smpai habis. yang ni lagi sedih 😭. #fyp

♬ original sound – applemerah🐇 – applemerah🐇

Bak kata pepatah, air yang dicincang takkan putus, harap mereka berdua dapat berbincang dengan elok dan berbaik semula.

Sumber : Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |