kereta rempuh orang di kea farm

Pelancong lokasi pelancongan popular Cameron Highlands hari ini digemparkan dengan satu kejadian rempuhan di kawasan pusat jualan sayuran Kea Farm di tanah tinggi Pahang itu.

Tular di media sosial rakaman CCTV kejadian tersebut di mana dalam video berkenaan, dapat dilihat sebuah Perodua Myvi telah merempuh pengunjung yang sedang berada di kawasan jualan tersebut.

Difahamkan, kereta Myvi itu telah bergerak dengan laju di kawasan tersebut yang sememangnya terkenal dengan kesesakannya.

Kejadian tersebut dikatakan telah berlaku pada waktu tengah hari dan ia telah menyebabkan kecederaan terhadap empat orang individu iaitu seorang dewasa dan tiga orang kanak-kanak.

insiden kea farm

Artikel Berkaitan: “Tak sangka ini Aidilfitri pertama dan terakhir kami” – Isteri Pilu, Suami Maut Dirempuh Pemandu Mabuk Ketika Bantu Mangsa Kemalangan

Artikel berkaitan: Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik Ketika Kejadian Banjir Di Shah Alam

Insiden tersebut juga telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Cameron Highlands.

Namun, difahamkan keempat-empat mangsa yang dirempuh itu  tidak mengalami kecederaan parah, lapor Utusan.

Meninjau ke ruangan komen, ada warganet yang berpendapat kawasan pusat jualan Kea Farm yang berada di tepi jalan itu sememangnya sering sesak dengan pengunjung, jadi pemandu kenderaan yang melalui kawasan itu seharusnya lebih berhati-hati dan tidak memandu dengan laju.

Namun, setakat ini, punca rempuhan masih belum dapat dipastikan.

Sumber: Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.