Isu Pendedahan Asal Usul Sebenar 7 Pemain Warisan Oleh FIFA, FAM Anggap Dakwaan Tidak Tepat & Tidak Adil

19 hours ago 8

Kecoh di media sosial pagi ini mengenai keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang mendedahkan butiran lanjut sebab menghukum Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan Harimau Malaya selepas mendapati wujud ketidakselarasan dalam dokumen asal pendaftaran pemain.

Menurut laporan rasmi bertajuk, “Notification of the Grounds of the Decision” yang bertarikh 6 Oktober 2025, Jawatankuasa Tatatertib FIFA menjelaskan bahawa hukuman tersebut dikenakan berdasarkan perlanggaran Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA yang membabitkan isu pemalsuan dan pengubahan dokumen rasmi.

Siasatan juga mendapati beberapa sijil kelahiran datuk dan nenek pemain yang dikemukan FAM tidak sepadan dengan rekod rasmi negara asal masing-masing.

bhkeputusan07 1759800261

Menurut FIFA lagi, hasil semakan silang bersama pihak berkuasa pendaftaran awam luar negara menunjukkan bahawa individu yang dinamakan sebagai datuk dan nenek pemain terbabit bukan dilahirkan di Malaysia seperti yang dinyatakan dalam dokumen yang diserahkan kepada FIFA.

Jelas FIFA lagi, semua maklumat tersebut disahkan melalui semakan rasmi dan tiada bukti sahih menunjukkan kaitan langsung dengan Malaysia.

Dalam laporan itu juga, disebutkan bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hanya mengeluarkan salinan berdasarkan maklumat sekunder yang diterima, bukan berpandukan rekod kelahiran asal.

Meskipun FAM dan pemain terbabit mendakwa semua dokumen diperoleh melalui saluran sah, FIFA menegaskan bahawa prinsip tanggungjawab mutlak terpakai, bermaksud kegagalan mengesahkan ketulenan dokumen tetap dikira sebagai kesalahan tatatertib, walaupun tanpa niat menipu.

tusfjwu4sdg 1759800258

Artikel berkaitan: Dokumen Palsu: FAM Bakal Lantik Peguam Antarabangsa Hadapi FIFA

Artikel berkaitan: FAM Kemuka Rayuan Rasmi Kepada FIFA Berkaitan Dokumen Palsu Pemain Harimau Malaya

“Tidak tepat serta tidak adil” – FAM 

Susulan keputusan yang dinyatakan FIFA, FAM dalam satu kenyataan menegaskan bahawa gambaran terhadap isu dokumentasi kelayakan tujuh pemain kebangsaan oleh FIFA adalah tidak tepat dan tidak adil.

FAM berkata, pihaknya telah menerima dokumen penuh penghakiman daripada FIFA berhubung keputusan tatatertib berkaitan isu tersebut dan akan segera membuat rayuan rasmi menerusi saluran undang-undang yang ditetapkan.

Tambah badan induk berkenaan, semua dokumen serta bukti sokongan berkaitan isu berkenaan telah lengkap sepenuhnya dan sedia untuk dikemukakan kepada FIFA dengan kadar segera.

FAM memandang serius beberapa kesimpulan, khususnya dakwaan bahawa para pemain memperoleh dokumen yang dipalsukan atau dengan sengaja berusaha mengelak peraturan kelayakan.

“FAM menegaskan bahawa tiada sebarang bukti yang menyokong dakwaan ini telah dikemukakan oleh FIFA. Segala dokumentasi dan penyerahan berkaitan kelayakan pemain telah disediakan, disahkan dan diuruskan sepenuhnya oleh FAM mengikut prosedur yang ditetapkan,” kata kenyataan itu.

Tambah FAM, pihaknya kekal komited mempertahankan kepentingan bola sepak negara serta hak para pemain selain memastikan proses rayuan dijalankan dengan telus dan mengikut peraturan yang ditetapkan.

FAM berpendapat bahawa penggambaran ini tidak tepat serta tidak adil, dan perkara ini akan dibangkitkan secara menyeluruh melalui proses rayuan rasmi,” tegas kenyataan itu lagi.

3299465

Pada masa yang sama, FAM juga menjelaskan bahawa kes ini turut melibatkan maklumat rasmi berkaitan prosedur Kerajaan Malaysia berhubung pengeluaran dan pengesahan pasport.

Ia selaras dengan peruntukan Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Pasport 1966 iaitu sebarang pendedahan berkaitan bahan atau proses tersebut tanpa kebenaran adalah dilarang sama sekali. Justeru, FAM terikat secara undang-undang untuk mengekalkan kerahsiaan terhadap elemen-elemen tersebut.

Terdahulu, susulan perlanggaran tersebut, FIFA mengenakan denda CHF350,000 (RM1.8 juta) terhadap FAM, manakala setiap pemain didenda CHF2,000 (RM10,000) dan digantung selama 12 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak antarabangsa.

FAM juga diberikan tempoh 30 hari untuk menjelaskan bayaran denda dan tiga hari untuk mengemukakan notis rayuan kepada Jawatankuasa Rayuan FIFA.

Sumber: Berita Harian, Sinar Harian

Sumber: BH

Sumber: BH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |