Seperti yang semua sedia maklum, wira-wira kita iaitu aktivis yang terlibat dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) kini dalam perjalanan pulang ke Malaysia selepas melalui proses dokumentasi dan pemeriksaan kesihatan yang padat di Istanbul.
Usaha membawa pulang kumpulan aktivis ini telah berjaya dilaksanakan hasil kerjasama erat antara Duta Besar Malaysia ke Turkiye, Sazali Mustafa Kamal dan Konsul Jeneral Malaysia di Istanbul, Amiri Bakar yang memainkan peranan penting di lapangan bagi memastikan kelancaran proses mereka, lapor Astro AWANI.
Nyanyi lagu ‘Inilah Barisan Kita’ dalam bas
Namun sekejap tadi, viral sebuah video memaparkan aktivis-aktivis ini berada di dalam sebuah bas sedang menyanyikan lagu patriotik, Inilah Barisan Kita yang kemudian disusuli takbir.
Mereka semua walaupun terlihat penat, namun tetap bersemangat dalam menyanyikan lagu berkenaan yang seakan-akan menggambarkan jiwa yang membara ketika melalui pelbagai dugaan sepanjang meneruskan misi kemanusiaan ini.
Video yang dikongsikan Cinta Salam Malaysia di Instagram ini juga dimuat naik dengan kapsyen,
Kami pasti akan kembali untuk berjuang lagi. Pasti!”
Video yang sama juga dikongsikan salah seorang peserta Sumud Nusantara, Farah Lee dengan kapsyen,
Tunggu kami pulang,” kata Farah Lee.
Posting tersebut telah menerima pelbagai komen daripada netizen mendoakan semoga perjalanan pulang mereka ke tanah air selamat dan ada juga yang mengatakan ‘meremang’ mendengarkan nyanyian yang dialunkan sukarelawan ini.
Rombongan ini dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9.45 malam ini, 7 Oktober.