beri mykad kepada penyeludup untung

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan mendakwa ada penduduk sempadan di negeri itu sanggup memberi MyKad kepada penyeludup untuk menyeleweng subsidi BUDI95 ke Thailand.

Tindakan ini membolehkan penyeludup membeli RON95 pada harga subsidi RM1.99 seliter dan meraih keuntungan berganda apabila dijual semula ke negara jiran, kata Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail.

“Tindakan memberi MyKad kepada penyeludup bukan dianggap kesalahan kerana ia hak pemilik kad, namun ia boleh membuka ruang kepada kegiatan penyeludupan.

“Walaupun petrol bersubsidi kini berharga RM1.99 seliter, harga tanpa subsidi iaitu RM2.60 seliter juga masih tidak menjejaskan aktiviti penyeludupan kerana keuntungan yang diperoleh di negara jiran tetap tinggi,” katanya.

kb11 12112024 kpdn 4751210 20241

Artikel berkaitan: “Habis kuota cuba minta IC keluarga” – Dakwa Minyak Mahal, Majikan Minta Pekerja Guna BUDI95 Untuk Syarikat

Artikel berkaitan: Kantoi! Pemandu Singapura Isi RON95 Jam 3 Pagi Di Johor

Walaupun terdapat kenaikan harga, Azman menyatakan penyeludup tetap mengaut untung bersih sekitar RM90 untuk setiap 30 liter, memandangkan harga RON95 di Thailand adalah tinggi, sekitar RM5.30 seliter.

Menurut Azman, KPDN terus menggiatkan pemantauan di stesen minyak sempadan, bagi memastikan bekalan petrol sentiasa cukup untuk rakyat tempatan dan tidak dimanipulasi oleh mana-mana pihak.

Katanya, walaupun menerima rungutan daripada pihak stesen dan penyeludup, KPDN tidak akan berkompromi.

Tindakan penguatkuasaan di sempadan wajib dilakukan bagi mengekang ketirisan dan memastikan subsidi BUDI95 sampai kepada penerima yang layak.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.