ft kartel bidaan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa Kerajaan MADANI tidak akan sama sekali berkompromi atau melindungi mana-mana pihak yang terlibat dalam kegiatan kartel yang merosakkan ekonomi negara.

Dalam kenyataan terbaharu, beliau menekankan bahawa keberanian kerajaan dalam memecahkan dominasi kartel merupakan kejayaan utama pentadbiran kerajaan terkini dan ini sekaligus membuktikan iltizam dan komitmen teguh kerajaan untuk membela kepentingan rakyat daripada manipulasi pasaran.

download

Tambah Perdana Menteri lagi, perjuangan anti-kartel ini tidak terhad kepada satu sektor sahaja, malah merangkumi tindakan keras terhadap amalan tidak bermoral seperti tipuan bida (bid rigging) dan penetapan harga yang sering dilakukan oleh sindiket.

“Selain itu, sebanyak 14 kes kartel bida membabitkan 563 syarikat serta satu kes kartel penetapan harga membabitkan 31 perusahaan sedang disiasat agensi berkenaan.”

Menurut laporan, sehingga kini, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sudah mengambil tindakan terhadap 270 syarikat dengan jumlah penalti kewangan keseluruhan sebanyak RM687.4 juta.

Dalam masa yang sama, kerajaan akan terus memperkasa Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dan agensi penguatkuasaan lain untuk membanteras aktiviti yang membawa kepada penyelewengan dan rasuah.

Tindakan tegas ini adalah perlu bagi memastikan persaingan yang sihat dan adil dalam pasaran, seterusnya memberikan manfaat kepada pengguna dan perusahaan kecil.

Perdana Menteri juga menegaskan bahawa perjuangan membebaskan negara daripada kegiatan tidak bermoral, termasuk penyeludupan, rasuah, dan penyelewengan, akan diteruskan tanpa henti demi mewujudkan sistem ekonomi yang lebih telus dan berintegriti untuk rakyat.

Dengan tumpuan kepada tadbir urus yang baik dan memerangi korupsi, Kerajaan MADANI bertekad untuk memastikan tiada sesiapa, termasuk syarikat besar atau individu berpengaruh, yang berada di atas undang-undang persaingan negara.

Sumber : Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.