“Saya jaga. Srs talk”- Peminat Nak Tengok Tarung Unforgiven, Aedy Ashraf Tawar Jadi Babysitter

9 hours ago 13

Siapa sangka, selain sibuk mempromosikan filem aksi terbaharu, pelakon dan penerbit terkenal, Aedy Ashraf, rupa-rupanya ada bakat terpendam sebagai pengasuh kanak-kanak!

Baru-baru ini, ruangan komen di media sosial milik Aedy dihujani dengan permintaan unik daripada peminat bukan meminta ‘semak mesej peribadi’ (DM) atau ucapan hari lahir, sebaliknya meminta beliau menjadi babysitter (pengasuh) anak mereka!

Lebih melucukan, gelagat bersahaja Aedy yang melayan dan menerima pelawaan tersebut dengan “serius” membuatkan netizen tidak kering gusi.

Artikel berkaitan: “Kami di haluan berbeza” –  Amelia Henderson & Aedy Ashraf Putus Cinta?

Artikel berkaitan: “You artis, bukan influencer TikTok” –  Mierul Aiman Dikecam Sebab Vape Depan Khalayak Ramai

Demi ‘Tarung Unforgiven’, Ibu Bapa Cuba Nasib

Segalanya bermula apabila beberapa orang ibu mengeluh sudah lama tidak meluangkan masa bersama suami untuk menonton wayang. Disebabkan mahu menonton filem aksi terbaharu, Tarung Unforgiven, mereka secara berseloroh meminta bantuan Aedy untuk menjadi pengasuh bidan terjun.

Seorang peminat sempat mencuba nasib meminta Aedy menjaga anaknya yang bernama Adam kerana sudah lama tidak pergi temu janji (dating) menonton wayang bersama suami.

1 4

“Meh hantar kat office saya. Saya jaga. Srs talk,” balasnya.

Tidak cukup dengan itu, seorang lagi ibu turut mencuba nasib untuk meninggalkan dua orang anaknya yang berusia 5 dan 8 tahun demi menonton filem yang sama tanpa gangguan. Aedy sekali lagi memberikan lampu hijau dengan membalas ringkas, “Boleh, meh sini.”

Rentetan daripada jawapan ‘serius’ Aedy itu, rata-rata netizen mula mengusik pelakon tersebut. Ada yang berseloroh bertanyakan sama ada Aedy mahu membuka pusat jagaan kanak-kanak (daycare) memandangkan dia begitu mudah menerima tawaran menjaga anak orang lain.

Walau bagaimanapun, khidmat ‘pakar jagaan kanak-kanak’ daripada Aedy ini nampaknya ada tarikh luput. Menurut Aedy, tawaran tersebut hanya sah pada hari kejadian kerana dia perlu bergerak untuk siri jelajah filemnya.

Cats 20

“Boleh, serious. Hari ni last. Esok dah pergi roadtour utara,” kata Aedy lagi.

Sebagai info, Tarung Unforgiven mengisahkan bekas juara silat yang terpaksa masuk ke dunia gelanggang haram demi menyelamatkan kakaknya, hanya untuk berdepan dengan musuh misteri yang rupa-rupanya bekas orang terdekatnya sendiri.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |