Seorang pemandu e-hailing berkongsi pengalaman mencabar apabila tiga penumpang pelancong asing didakwa mahu membayar tambang menggunakan mata wang rupee India.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh Johnny Dickson di Group Facebook GrabCar Drivers & Others E-Hailing, katanya kejadian itu ketika ketiga-tiga penumpang terbabit menempah perkhidmatan e-hailing untuk ke Genting Highlands, Pahang.
Menurutnya, masalah mula tercetus apabila penumpang berkenaan didakwa enggan membayar caj tol yang perlu ditanggung sepanjang perjalanan.
“Mula-mula tempah hendak ke Genting, tetapi boleh bergaduh sebab tak mahu bayar tol.
“Lepas itu bayar tambang pula mahu dibuat menggunakan duit rupee (India),” dakwanya menerusi hantaran tersebut.
Difahamkan, keadaan menjadi semakin tegang sehingga pemandu berkenaan mengambil keputusan membawa ketiga-tiga penumpang itu ke sebuah balai polis berhampiran bagi mendapatkan bantuan.
Bagaimanapun, lokasi balai polis berkenaan tidak didedahkan dalam perkongsian tersebut.
Artikel berkaitan: “Bikin malu orang Sabah” – Pelancong Asing Rakam Peniaga Di Semporna Cuba Tipu Ketika Beli ‘Seafood’
Artikel berkaitan: “Dia meraung” – Pemandu E-Hailing Kongsi Kisah Sedih Penumpang, Ahli Keluarga Meninggal Dunia Dalam Perjalanan Ke Hospital
Hantaran pemandu e-hailing itu turut mendapat perhatian pengguna media sosial dengan meraih lebih 800 perkongsian.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan bijak lelaki itu yang membawa penumpang berkenaan ke balai polis sebagai jalan penyelesaian.

Dalam pada itu, ada juga pemandu e-hailing lain berkongsi pengalaman masing-masing berdepan kerenah penumpang yang tidak mahu menjelaskan bayaran tol.
Sumber: Kosmo!

7 hours ago
12































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)












![“Ada 24 cucu, ini no 25” – [VIDEO] Ramai Tumpang Terharu Tengok Makcik India Bagi Maruku Untuk 2 Beranak Buka Puasa](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/03/ft-patti.jpg)





