YouTuber Indonesia, Frans Sanjaya bersama seorang pekerja muzium tampil memohon maaf selepas tular kenyataan mereka mengenai siri animasi popular, Upin & Ipin terbitan Les’ Copaque.
Permohonan maaf itu dibuat menerusi video yang dimuat naik di platform YouTube selepas kenyataan berkenaan mengundang kritikan warga Malaysia.
Frans dan pekerja muzium yang dikenali sebagai Sadan mengakui kesilapan mereka susulan dakwaan hak cipta asal karakter Upin & Ipin yang kononnya dikenali sebagai Ariffin dibeli oleh sebuah syarikat produksi Malaysia pada 2008.
“Kami ingin memohon maaf sebesar-besarnya kepada rakyat Malaysia dan Indonesia atas salah faham serta kekeliruan yang telah kami timbulkan.
“Kami mengambil maklum segala komen yang diberikan dan mengakui kekhilafan kami. Kami sama sekali tidak berniat untuk membuat tuntutan atau merendahkan mana-mana pihak.
“Kami berharap kesalahan kami dapat dimaafkan dan marilah kita berdamai. Indonesia dan Malaysia merupakan negara serumpun dan berjiran,” kata mereka.
Artikel berkaitan: “Semoga segera pulih” – Animasi Tempatan Titip Doa Buat Indonesia
Artikel berkaitan: Gamer Indonesia Rugi Ribuan Ringgit, Pembangun ‘Upin Ipin Universe’ Tuntut Hak Cipta?
Terdahulu, tular sebuah video memaparkan Frans berkunjung ke Muzium Wayang di Indonesia dan diberitahu oleh Sadan bahawa karakter Upin & Ipin mempunyai asal usul dari Indonesia sebelum dibeli oleh syarikat produksi Malaysia.
@amiruddinaziziUpin Ipin asli indo ya? #upinipin #sembangentertainment #indonesia #animasiindonesia #animasimalaysia
♬ Sneak, suspicious, stupid, thief, sneak in(1108491) – Makotti
Dakwaan itu meraih perhatian ramai, begitu juga dengan Les’ Copaque Production yang tampil menegaskan bahawa siri animasi itu adalah karya asli milik penuh syarikatnya.
Sumber: YouTube

14 hours ago
9































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















