Selepas kejayaan siri konsert mereka yang mendapat sambutan luar biasa, kumpulan legenda KRU kini tampil dengan satu lagi kejutan buat peminat apabila mengumumkan pembukaan KRU Café, sebuah kafe bertemakan muzik dan hiburan.
Kafe tersebut dijangka mula beroperasi di Aneka Walk, Shah Alam pada suku ketiga tahun 2026 hasil kerjasama Sony Music Malaysia, Babah Ventures dan TMG Ventures.

Menurut KRU, idea membuka kafe itu tercetus selepas melihat sokongan berterusan daripada peminat sepanjang konsert dan di platform penstriman muzik. Mereka mahu mewujudkan sebuah ruang yang membolehkan peminat menikmati pengalaman lebih dekat dengan legasi KRU, bukan sekadar melalui muzik.
Artikel berkaitan: “Teaser apa?” – Kumpulan Legenda KRU Muat Naik Teaser Buat Peminat Tertanya-tanya
Artikel berkaitan: “Rumah itu bukanlah sebuah rumah yang sempurna tanpa Lisa” – Yusry A. Halim
Bukan hanya menawarkan makanan dan minuman, KRU Café turut menjanjikan pengalaman yang menggabungkan elemen nostalgia, persembahan muzik secara langsung, aktiviti komuniti serta ruang untuk mengetengahkan bakat-bakat baharu.
Kami juga berharap KRU Café dapat menjadi sebuah platform untuk mencungkil,
membimbing dan mengetengahkan bakat-bakat baharu.
“Lebih daripada sekadar sebuah tempat makan, kami membayangkan kafe ini sebagai ruang yang menghidupkan persembahan muzik, kolaborasi kreatif dan pelbagai aktiviti komuniti,” kata Yusry Abdul Halim.

Dari segi menu pula, pengunjung boleh menjangkakan gabungan hidangan Asia Tenggara dan Barat termasuk pilihan sajian panggang serta stik.
Menariknya, operasi dan pengembangan KRU Café turut melibatkan Babah Ventures, syarikat di sebalik jenama Bumbu Babah yang diasaskan oleh pelawak Ajak Shiro.
Sekiranya cawangan pertama menerima sambutan yang baik, KRU percaya konsep kafe ini berpotensi untuk dikembangkan ke lokasi lain di seluruh negara.
Nampaknya selepas mengubat rindu peminat menerusi konsert, KRU kini mahu terus mencipta memori baharu melalui sebuah ruang yang menggabungkan muzik, makanan dan nostalgia di bawah satu bumbung.
Sumber: KRU, Sony Music

11 hours ago
8































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)














![“Ada 24 cucu, ini no 25” – [VIDEO] Ramai Tumpang Terharu Tengok Makcik India Bagi Maruku Untuk 2 Beranak Buka Puasa](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/03/ft-patti.jpg)



