Lhdn Ft

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) melancarkan Task Force Operasi Guaman (TOG) Siri 1 Tahun 2026 bermula 21 hingga 24 Mei ini bagi mempergiat tindakan terhadap pembayar cukai yang masih gagal melunaskan tunggakan cukai dan kompaun.

Operasi berskala nasional itu melibatkan 2,213 syarikat dan individu di seluruh negara yang didapati masih culas membuat bayaran walaupun notis peringatan sudah dikeluarkan sebelum ini.

Whatsapp Image 2026 05 21 At 17.35.57

Menurut HASiL, operasi tersebut dilaksanakan bagi memperkukuh kutipan hasil negara selain meningkatkan pematuhan cukai dalam kalangan rakyat dan syarikat.

Fokus Kutipan Tunggakan & Tindakan Lebih Tegas

Antara fokus utama operasi ini termasuk:

  • meningkatkan kutipan tunggakan cukai dan kompaun
  • memperkukuh pematuhan sukarela pembayar cukai
  • mempertingkat keberkesanan penguatkuasaan bersama agensi berkaitan

Artikel berkaitan: HASiL Perkenal e-Rayuan Pungutan Cukai Pegangan, Kini Boleh Mohon ‘Online’ Di MyTax

Artikel berkaitan: RM3.5 Bilion ‘Terlepas’ Dari Cukai, HASiL Dedah Semakan e-Invois

HASiL turut memaklumkan tindakan lebih tegas seperti prosiding sivil dan pendakwaan mahkamah boleh dikenakan terhadap pihak yang gagal mematuhi undang-undang percukaian.

Johor Jadi Tuan Rumah Pelancaran Operasi

HASiL Johor dipilih sebagai tuan rumah Majlis Perasmian dan sesi flag-off operasi berkenaan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Majlis tersebut disempurnakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) HASiL, YBhg. Datuk Hisham Rusli di Menara HASiL Johor.

Lhdn 1

“Pelaksanaan TOG Siri 1 Tahun 2026 merupakan antara strategi penguatkuasaan utama HASiL bagi memastikan tahap pematuhan cukai terus diperkukuh selaras dengan sasaran kutipan hasil negara,” katanya.

Tambah beliau, langkah itu juga mencerminkan komitmen HASiL dalam memastikan setiap pembayar cukai melaksanakan tanggungjawab mereka secara adil demi kepentingan pembangunan negara.

Sumber: LHDN

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.