Kpt Ft 1

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan seramai 169,803 calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 berjaya mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) menerusi UPUOnline® bagi sesi akademik kali ini.

Daripada 235,480 permohonan yang layak diterima, sebanyak 72.11% berjaya memperoleh tempat di Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT).

Kpt 1

Pecahan Tawaran Mengikut Institusi

Antara tawaran yang diberikan ialah:

  • 91,357 calon ke Universiti Awam (UA)
  • 60,947 calon ke Politeknik
  • 15,844 calon ke Kolej Komuniti
  • 1,655 calon ke MARA BPT

Kpt 3

Sebanyak 363 program pengajian ditawarkan melibatkan:

  • 41 program Sijil
  • 57 program Asasi
  • 264 program Diploma
  • 1 program Ijazah Sarjana Muda

Kpt 10

Laluan Khas Turut Dibuka

KPT turut menawarkan Laluan Khas melibatkan:

  • 701 Orang Kurang Upaya (OKU)
  • 310 Orang Asli
  • 179 Atlet
  • 10,499 bagi kategori B40
  • 65 calon lepasan institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Kpt 4

Dalam masa sama, buat pertama kali semua program pengajian dibuka kepada calon OKU berdasarkan kelayakan dan kesesuaian masing-masing.

KPT turut memaklumkan pelajar yang memperoleh keputusan 8A dan ke atas juga diberikan perhatian bagi memastikan mereka mendapat peluang melanjutkan pengajian ke peringkat pendidikan tinggi. 

Tak Berjaya? Rayuan Dibuka 10 Hari

Bagi calon yang tidak mendapat tawaran, permohonan rayuan kini dibuka menerusi UPUOnline® bermula 22 Mei 2026, jam 12 tengah hari hingga 31 Mei 2026, jam 5 petang

704147958 1517079177125027 3248805420062646627 N

Sumber: KPT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.