Di saat rata-rata jurufoto profesional di Piala Dunia 2026 menggunakan kamera digital dan teknologi canggih berkuasa tinggi, seorang jurufoto mencuri perhatian dunia dengan kelainan yang cukup klasik.
Baru-baru ini, tular di media sosial antarabangsa kelibat seorang jurugambar yang menggunakan kamera vintage.
Artikel berkaitan: Penganjur Didakwa Sekat Perjalanan, Iran Buat Aduan Kepada FIFA
Artikel berkaitan: Gara-Gara Aksi R*sis ‘Slanted-Eyes’ Di Stadium World Cup, Lelaki Warga Mexico Hilang Kerja!
Jurufoto berkenaan, Fareed Kotb, memilih untuk mendokumentasikan pengalaman Piala Dunia ketiganya menerusi lensa kamera manual (format besar) yang diperbuat pada tahun 1930 iaitu tahun yang sama kejohanan Piala Dunia pertama kali dianjurkan dalam sejarah!
Menerusi perkongsian di akaun Threads miliknya (@fareed_kotb), Fareed menjelaskan bahawa selepas membuat liputan untuk dua edisi Piala Dunia sebelum ini, beliau mahukan edisi kali ini menjadi sesuatu yang berbeza dan bermakna.
Kelibat Fareed di tepi padang turut mencuri perhatian peminat bola sepak di seluruh dunia apabila wajahnya tertangkap dalam siaran langsung televisyen semasa perlawanan pusingan 16 pasukan antara Switzerland dan Colombia. Aksi beliau yang tekun dan bersedia di belakang kamera ‘old school’ itu siap dengan kain penutup kepala, ternyata menjadi bualan hangat netizen.

Mengenai hasil fotonya, Fareed memaklumkan bahawa gulungan filem yang digunakan masih belum dicuci. Kini, ramai peminat bola sepak dan peminat fotografi tegar tidak sabar untuk melihat hasil sentuhan seni retro daripada kamera berusia 96 tahun itu!
Sumber: Threads

8 hours ago
12































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)












![“Ada 24 cucu, ini no 25” – [VIDEO] Ramai Tumpang Terharu Tengok Makcik India Bagi Maruku Untuk 2 Beranak Buka Puasa](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/03/ft-patti.jpg)





