Bermula Jumaat semalam, keluarga Allahyarham Nurly Sahirah tidak lagi menerima kunjungan daripada orang awam yang mahu melawat kediaman mereka.
Menurut perkongsian di Facebook Ahmad Nazrul, hari Khamis lepas iaitu pada tarikh 31 Julai merupakan hari terakhir keluarga arwah Nurly Sahirah menerima kunjungan orang awam.
Ini kerana bermula pada semalam, ahli keluarga penuntut UPSI yang meninggal dunia dalam kemalangan di Gerik itu mahu berehat dan membuat persiapan untuk menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah tidak lama lagi.
Artikel berkaitan: Keluarga Nurly Sahirah Terima Tetamu Pada Waktu Yang Ditetapkan Sahaja, Dari Jam 9 Pagi Hingga 6 Petang
Artikel berkaitan: Tak Halang Orang Ramai Dari Ziarah Pusara Arwah, Tapi Perlu Jaga Adab Ketika Ke Tanah Perkuburan – Bapa Nurly Sahirah
Difahamkan, keluarga Nurly Sahirah akan menunaikan umrah pada 17 Ogos nanti.
Walau bagaimanapun, mana-mana orang awam yang tetap ingin menziarahi pusara arwah Nurly Sahirah boleh berbuat demikian pada setiap hari bermula dari tujuh pagi sehingga tujuh malam.
Difahamkan juga, orang awam boleh mula berkunjung semula ke kediaman keluarga Nurly Sahirah pada bulan September nanti iaitu selepas keluarganya pulang dari Mekah.
Sumber: Facebook Ahmad Nazrul