Kenyataan daripada pelakon Rita Rudaini dilihat sekali lagi mencuri tumpuan netizen selepas memuat naik hantaran yang berbaur sindiran di Threads.
Pelakon drama Jiwa Seorang Pentaksub ini memohon agar mana-mana pihak yang membenci dirinya akan terus menjadi pemerhati dan mengikuti perkembangannya.
Artikel berkaitan: “Siapa tu tak kenal” – Anak Rita Rudaini Beri Respon Bila Orang Kaitkan Kejayaannya Dengan Aidil Zafuan
Artikel berkaitan: “Kalau kejujuran ini membuat anda kurang senang saya terima, tidak mahu menjadi selain diri saya sendiri” – Rita Rudaini
Dalam pada itu, Rita juga ada memberikan persoalan sinis terhadap seseorang yang mempunyai rasa bersalah terhadap orang lain dan memberikan jawapan ‘pedas’ terhadap persoalan tersebut.

Selain itu, Rita juga meluahkan rasa pelik apabila ada satu kejadian yang sudah bertahun-tahun berlalu tapi masih ada yang ‘tak senang duduk’ apabila nama, gambarnya sekeluarga masih menjadi tumpuan segelintir pihak.
Malah, Rita juga memberikan nasihat kecil buat pihak tersebut agar tidak perlu ‘mengintip’ dirinya supaya tidak bertambah stress.

Sebelum ini, komen ringkas daripada anak Rita iaitu Airit Rayyan Rizqin menjadi tumpuan apabila dia menyatakan dirinya tidak mengenali seseorang apabila ada netizen kaitkan kejayaannya mencatat rekod baharu bagi acara 110 meter lari berpagar pada Kejohanan Olahraga MRSM Kebangsaan 2026 mewakili pasukan Selangor dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan.
Di samping itu, Rita dilihat seperti memberikan respon terhadap kenyataan anaknya itu dan meluahkan dirinya rasa terhibur.
“Allahu.. Sumpahhh… Kami tak ajaq tau… huhuhu…. Tapi… nak gelak boleh tak? Tak leh tahan.”
Sumber : Threads

9 hours ago
12































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)












![“Ada 24 cucu, ini no 25” – [VIDEO] Ramai Tumpang Terharu Tengok Makcik India Bagi Maruku Untuk 2 Beranak Buka Puasa](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/03/ft-patti.jpg)





