“Kalau dari awal tahu, tentu tak ambil dia berlakon” – Yusof Haslam Gugurkan Watak Pelakon Akibat Kes D*dah

9 hours ago 6

Penerbit Skop Production, Datuk Yusof Haslam baru-baru ini mengesahkan salah satu watak dalam program Gerak Khas 2.0 yang dicekup dalam Op Noda di sebuat pusat hiburan telah digugurkan dari drama bersiri berkenaan.

Rancangan Gerak Khas 2.0 yang baru sahaja bersiaran selama seminggu itu dikatakan sudah siap penggambaran sebanyak 90 peratus dan berbaki hanya kira-kira 2 minggu lagi untuk selesai.

Artikel berkaitan: Pelakon Wanita Drama Kepolisian Ditahan Positif D*dah

Artikel berkaitan: Lepas Isu ‘Scam’ Hartanah, Pelakon & Suami Ditahan Lagi Pasal Kes Penjualan Lembu

Screenshot 2026 07 08 160717

Oleh itu, pihaknya telah membuat rombakan dengan menggugurkan peranan pelakon yang terlibat demi menjaga intergriti Gerak Khas 2.0.

“Kalau tak silap saya, dia masih ada babak untuk episod 23 atau 24 daripada keseluruhan 26 episod. Jadi, semua babak hujung-hujung itu kita batalkan.”

“Perkara ini di luar kawalan kita. Kalau dari awal kami tahu perkara ini berlaku, sudah tentu kami tidak akan ambil dia berlakon. Selama ini dia berlakon dalam drama-drama terbitan kami dan tiada masalah. Tapi bila timbul isu macam ini, kami terus buang dia daripada produksi.”

“Penggambaran pun siap 90 peratus. Tinggal sedikit sahaja babak membabitkan dia, tetapi semua itu kami sudah buang.  Tak ambil lagi.”

Screenshot 2026 07 08 160645

Jelas Yusof lagi, tindakan tegas itu bukan sahaja satu pengajaran kepada aktres yang memegang watak inspektor berkenaan, malah kepada seluruh barisan pelakon dan kru produksi.

Tambahnya, sejak dari awal lagi beliau telah mengingatkan semua pihak supaya menjaga displin dan mengelakkan diri daripada terlibat dalam sebarang aktiviti yang mencalarkan nama drama dan PDRM.

“Ini pengajaran untuk dia dan juga artis-artis lain termauk kru. Jangan terlibat dengan perkara negatif atau pergi ke tempat-tempat seperti kelab malam.”

“Dalam dunia ini pun saya sentiasa tekankan soal integriti dan perkara yang boleh menjejaskan imej pasukan. Tapi macam mana kita nak kawal manusia? Kalau ada 10 orang anak pun seorang dua buat hal, kita pun tak tahu.”

Kata Yusof lagi, dia membuat keputusan membatalkan semua baki babak melibatkan pelakon terbabit selain menolak sebarang bentuk rayuan dan alasan.

“Tak payah nak merayu atau beri macam-macam alasan. Saya cakap sudah terlambat. Jadikan ini sebagai satu pengajaran dalam hidup. Bila buat satu kesilapan, orang akan lupakan segala kebaikan yang pernah kita buat.”

Sumber : mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |