Sebuah restoran nasi kandar di Taman Universiti kecoh apabila berlaku pergaduhan membabitkan sekumpulan penyokong bola sepak yang sedang menyaksikan siaran langsung perlawanan Piala Dunia antara Argentina dan Mesir, awal pagi tadi.
Menurut seorang pekerja restoran, insiden itu merupakan kejadian pertama berlaku sepanjang premis tersebut beroperasi sejak 10 tahun lalu.
“Selama 10 tahun berniaga di sini, ini kejadian pertama,” katanya.
Menurut pekerja terbabit, pergaduhan itu dipercayai tercetus ketika perlawanan sedang berlangsung, namun tidak menyebabkan kerosakan besar di dalam restoran mahupun kerugian yang ketara.
Tambahnya lagi, semua pekerja yang berada di situ tidak mengalami sebarang kecederaan sepanjang insiden tersebut.
“Namun, kami difahamkan kejadian itu menyebabkan kerosakan pada sebuah kereta namun kami kurang pasti sama ada ia milik pengunjung restoran atau tidak,” katanya.
Artikel berkaitan: Jurulatih Dakwa Mesir Dizalimi Selepas Tewas Kepada Argentina, Apa Maksud Tanda ‘X’ Hossam Hassan?
Artikel berkaitan: “Hasbunallah Wanikmal Wakil” – Pemain Mesir Menitis Air Mata, Dakwa Perlawanan Dengan Argentina Tak Adil
Menurutnya, keadaan berjaya dikawal segera dan pergaduhan itu tidak berlarutan sehingga mencetuskan kejadian yang lebih serius.
Difahamkan, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) restoran yang merakam insiden berkenaan turut diserahkan kepada pihak polis bagi membantu siasatan.
Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara mengesahkan pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut.
Terdahulu, tular video di Threads memaparkan sekumpulan individu dipercayai penyokong bertindak membaling kerusi ketika siaran langsung perlawanan berlangsung.
Malah, beberapa individu yang mendakwa turut berada di lokasi mendakwa kekecohan itu tercetus sejurus Argentina berjaya menjaringkan dua gol.
Sumber: Berita Harian

9 hours ago
8































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)














![“Ada 24 cucu, ini no 25” – [VIDEO] Ramai Tumpang Terharu Tengok Makcik India Bagi Maruku Untuk 2 Beranak Buka Puasa](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/03/ft-patti.jpg)



