Ibu kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz iaitu siti Hafizah Sheikh Mohamad telah menarik perhatian orang ramai apabila dia meluahkan rasa terlalu rindu terhadap cucunya.
Luahan rindu tersebut dibuat bersempena hari lahir cucunya, Ayden yang kesembilan, katanya kali terakhir dia dapat bertemu cucunya adalah pada 3 tahun lalu.
Artikel berkaitan: “Kepada tunang, terima kasih kerana sentiasa bersama” – Bella Astillah Terharu Syed Saddiq Sambut Hari Jadi Anak
Artikel berkaitan: Berjaya Tamatkan Acara Renang 400 Meter Di Langkawi, Ayden Dedah Syed Saddiq Motivasinya
Dalam hantaran tersebut, Hafiza memuat naik tangkap layar kenangan panggilan video terakhir mereka bersama Ayden dan katanya, ia disimpan rapi sebagai pengubat rindu.

“Masya-ALLAH, setahun lagi telah berlalu. Sanah helwah kepada cucu tersayang, Ayden Adrean. Umi Wan, Tok Ayah, Daddy dan makcik-makcik kamu tidak pernah melupakan kamu, sayang.”
“Ini adalah foto dan video terakhir yang kami ada bersama kamu sejak tiga tahun lalu dan saya menyimpannya dengan penuh cermat. Kami sentiasa mendoakan kebahagiaan Ayden dari jauh, semoga membesar dengan iman dan taqwa kepada ALLAH serta menjadi anak yang soleh dan khalifah yang terhebat.”
Sekadar info, Ayden Adrean merupakan anak sulung hasil perkongsian hidup pelakon dan penyanyi Aliff Aziz bersama bekas isterinya, Bella Astillah.
Sumber : Instagram

7 hours ago
11































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)












![“Ada 24 cucu, ini no 25” – [VIDEO] Ramai Tumpang Terharu Tengok Makcik India Bagi Maruku Untuk 2 Beranak Buka Puasa](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/03/ft-patti.jpg)





