Insiden tragis membabitkan seorang pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) yang maut selepas terjatuh dari bangunan Vista Alam, Seksyen 14 semalam, disahkan sebagai kemalangan dan bebas daripada sebarang unsur jenayah.
Mangsa yang berusia 42 tahun merupakan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor. Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 3.07 pagi selepas Pusat Kawalan IPD Shah Alam menerima maklumat mengenai insiden itu.
Artikel berkaitan: Mula Dikeluarkan 1 Jun Ini, Imigresen Dedah Pasport Baharu Malaysia Ada 94 Ciri Keselamatan!
Artikel berkaitan: Murid Tahun 5 J*tuh Bangunan Ketika Ambil Kasut Bukan Mangsa Buli, Ini Rupanya Cerita Sebenar
Tiada Unsur Jenayah, Siasatan Mati Mengejut
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar memaklumkan bahawa mangsa, yang meninggalkan dua anak yang masih kecil, dipercayai terjatuh dari tingkat lapan bangunan berkenaan.
Buat masa ini, kes tersebut diklasifikasikan di bawah laporan mati mengejut (SDR).
“Berkaitan dengan insiden semalam, setakat ini kita mempercayai ia bersifat kemalangan dan tiada unsur-unsur jenayah. Itu sahaja ulasan saya berkaitan insiden tersebut.
Proses bedah siasat telah selesai semalam sebelum jenazah selamat dikebumikan di kampung halamannya di Kuantan, Pahang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas mengenai khabar angin yang mendakwa kononnya terdapat serbuan dilakukan sebelum kejadian tersebut berlaku, Shazeli menegaskan beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sedemikian.
“Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan begitu, jadi saya tak boleh komen. Mungkin tuan (pemberita) kena tanya pada sumber tuan kembali,” jelasnya lagi.
Amaran Tindakan Terhadap Penyebar Fitnah
Dalam pada itu, beliau turut memberi amaran keras agar orang ramai tidak sewenang-wenangnya menyebarkan spekulasi tidak sahih di media sosial demi menjaga aib dan sensitiviti keluarga Allahyarham.
“Sekiranya spekulasi itu tidak benar, dan ada berbau fitnah, insya-Allah report boleh dibuat dan tindakan siasatan akan dijalankan,” ujarnya.
Sumber: Kosmo!

7 hours ago
13































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















