Pentas Piala Dunia sememangnya sentiasa diwarnai dengan pelbagai drama dan emosi. Namun, lain pula kisahnya bagi skuad kebangsaan Mesir apabila kekecewaan mereka melimpah keluar sejurus tamat perlawanan sengit menentang gergasi Amerika Selatan, Argentina.
Menerusi satu rakaman temuramah media selepas perlawanan yang tular di media sosial, pemain sayap Mesir, Mostafa Ziko, kelihatan gagal menahan sebak sehingga menitiskan air mata ketika meluahkan rasa tidak puas hati terhadap mutu pengadilan.
Artikel berkaitan: “Maafkan kami” – Warga Mesir Hanyutkan Botol Berisi Makanan Ke Laut Untuk Penduduk Gaza
Artikel berkaitan: Dari Messi Ke Ronaldo, Piala Dunia 2026 Pentas Akhir Buat 4 Ikon Bola Sepak Ini
Menurut Ziko, pasukan mereka sebenarnya telah berada di landasan yang terbaik pada awal permainan sehingga berjaya mendahului dengan keputusan 2-0.
Walau bagaimanapun, situasi mula berubah apabila beberapa keputusan pengadil perlawanan didakwa mula berat sebelah dan menjejaskan momentum pasukan.
@bbcsportEgypt’s Mostafa Zico was not happy with some of the decisions in their game against Argentina. In an incident-packed game, Egypt goalkeeper Mostafa Shobeir produced a magnificent save to keep out Messi’s penalty before the Pharaohs thought they had scored another only for it to be disallowed. Despite a second goal for Egypt, Argentina went on to score three goals to reach the quarter-finals. However, Egypt were adamant Mohamed Salah was fouled in Argentina’s penalty area, seconds before the reigning champions broke for the winner. Mostafa Zico says the “injustice was clear”. #FifaWorldCup #Egypt #Argentina #MostafaZiko
“Pengadil perlawanan betul-betul tak adil. Kezaliman dan ketidakadilan itu sangat jelas bermula dari awal perlawanan lagi.
Kelebihan dua gol (2-0) langsung tak cukup bila menentang Argentina dalam situasi macam ni,” luahnya dalam nada cukup kecewa.
Lebih mengejutkan, Ziko turut mendakwa bahawa terdapat unsur penipuan yang keterlaluan seolah-olah keputusan perlawanan atau kejohanan itu sudah pun ditetapkan (fixed) pihak tertentu.
Meskipun reda dengan keputusan akhir yang tidak memihak kepada mereka, luahan terakhir Mostafa Ziko benar-benar menyentuh hati peminat bola sepak seluruh dunia apabila dia menyerahkan segala ketidakadilan tersebut kepada Yang Maha Esa.
“Memang jelas kejohanan ini seperti dah ‘diset’. Tapi cukuplah Allah sebagai pelindung kami (Hasbunallah Wanikmal Wakil),” katanya sambil mengesat air mata.
Dalam aksi pusingan 16 Piala Dunia 2026 semalam, Mesir terlebih dahulu mengejutkan juara bertahan itu apabila selesa mendahului 2-0 menerusi gol daripada Yasser Ibrahim dan jaringan Mostafa Zico sendiri. Malah, penjaga gol Mesir, Mostafa Shobeir, turut bertindak cemerlang menepis sepakan penalti Lionel Messi pada separuh masa pertama.
Namun, impian Mesir lebur dalam tempoh 11 minit terakhir apabila Argentina bangkit secara dramatis bermula dengan tandukan Cristian Romero pada minit ke-79, disusuli gol penyamaan Messi pada minit ke-83, sebelum Enzo Fernández menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan (90+2′) untuk melengkapkan kemenangan 3-2 buat Argentina.
Sumber: BBC

15 hours ago
7






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)














![“Ada 24 cucu, ini no 25” – [VIDEO] Ramai Tumpang Terharu Tengok Makcik India Bagi Maruku Untuk 2 Beranak Buka Puasa](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/03/ft-patti.jpg)



