Bila nampak duit beribu-ribu ringgit tiba-tiba masuk ke akaun, mesti ada yang terus terfikir ia ‘rezeki terpijak’.
Dalam situasi seperti itu, pasti ada yang mudah gelap mata, namun tindakan lelaki ini membuktikan bahawa kejujuran masih wujud apabila dia bertindak memulangkan RM17,000 yang tersalah dikreditkan ke akaunnya. Bahkan, tindakannya itu sebenarnya telah menyelamatkan masa depan seorang pekerja.
Kisah itu berlaku sekitar tahun 2004, apabila Ryan Yong mendapati gaji yang sepatutnya dia terima sebanyak RM1,700 tiba-tiba terlebih satu angka pada jumlah gaji yang dikreditkan ke akaun banknya.
Katanya, dia berulang kali menyemak baki akaun kerana tidak percaya dengan jumlah yang diterima sebelum membuat keputusan untuk memulangkan wang tersebut pada keesokan harinya.
“Saya memeriksa baki akaun berkali-kali sebelum berkata kepada diri sendiri, ‘Ini bukan duit saya’. Keesokan harinya saya terus ke bank dan memulangkan setiap sen wang itu,” katanya.

Artikel berkaitan: “Fizikal tak sempurna, iman padu” – Menggigil Jumpa Banyak Duit, Netizen Puji Sikap Jujur Lelaki OKU
Artikel berkaitan: “Abang polis pun faham” – Tak Dapat ‘Contact’ GF, Lelaki Beranikan Diri Minta Pengecas Telefon Dari Anggota Polis
Pada mulanya dia menyangka perkara itu sudah selesai. Namun, keesokan paginya dia menerima panggilan telefon yang tidak akan dilupakannya.
Seorang pegawai bank wanita menghubunginya dalam keadaan menangis sambil mengucapkan terima kasih berkali-kali kerana memulangkan wang tersebut.
Pegawai itu kemudian menjelaskan bahawa tersilap menambah satu sifar ketika membuat transaksi pembayaran gaji sehingga menyebabkan wang sebanyak RM15,698 terlebih dikreditkan ke dalam akaunnya.
Jika wang itu tidak dipulangkan, dia mungkin terpaksa menanggung kerugian tersebut dan berdepan tindakan yang boleh menjejaskan kerjayanya.
“Ketika itu, gaji seorang pegawai bank sekitar RM1,500 hingga RM2,000 sebulan. Wang yang saya pulangkan hampir menyamai pendapatan setahun,” katanya.
Beberapa hari kemudian, pihak bank menghantar surat penghargaan kepada Ryan sebagai tanda terima kasih atas kejujurannya.
Walaupun lebih 20 tahun telah berlalu, Ryan masih menyimpan surat tersebut kerana baginya ia bukan sekadar penghargaan, tetapi sebagai tanda bahawa dia telah membuat keputusan yang betul.

8 hours ago
5






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)














![“Ada 24 cucu, ini no 25” – [VIDEO] Ramai Tumpang Terharu Tengok Makcik India Bagi Maruku Untuk 2 Beranak Buka Puasa](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/03/ft-patti.jpg)



