Semalam tular isu berkaitan peniaga-peniaga yang mula membuka gerai jualan makanan dan minuman di sekitar Bangunan Sultan Abdul Samad. Perkara ini telah mencuri perhatian ramai dan menggesa pihak DBKL untuk menjalankan pemantauan di kawasan tersebut.
Tindakan pantas yang dilakukan oleh DBKL telah mendapat perhatian ramai apabila mereka telah pun menyita beberapa penjual yang membuka gerai di sekitar kawasan tersebut.
Menerusi posting yang dimuat naik di Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, mereka menyatakan Dataran Merdeka adalah kawasan larangan berniaga.

Artikel berkaitan: “Mula-mula jual air je…” – Tular Deretan Gerai Di Hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Netizen Minta DBKL Bertindak
Artikel berkaitan: “Padahal bangunan DBKL depan tu je” – Tular Peniaga Haram Beroperasi Depan Stesen LRT Masjid Jamek
DBKL turut menasihati pengunjung supaya tidak membeli air daripada penjaja haram di kawasan tersebut, selain menekankan kepentingan mereka memainkan peranan dalam menjaga kebersihan persekitaran.

Hal ini kerana, kawasan Dataran Merdeka merupakan mercu tanda warisan di Kuala Lumpur, justeru kegiatan berniaga di kawasan tersebut adalah dilarang. Pihak berkuasa juga tidak menetapkan kawasan ini sebagai tapak penjualan, bagi mengekalkan imej dan nilai warisan.
“Adalah diingatkan bahawa Dataran Merdeka merupakan kawasan larangan menjaja bagi menjaga imej, kebersihan serta nilai warisan kawasan ini yang menjadi kebanggaan warga kota dan pelancong.” – tulis pihak DBKL di dalam posting tersebut
Terdahulu, seorang pengguna Threads memuat naik posting, menyeru DBKL supaya memantau kawasan sekitar Bangunan Sultan Abdul Samad, susulan peniaga-peniaga yang tiba-tiba membuka ‘bazar’ di hadapan bangunan bersejarah itu.
Sumber: Facebook

12 hours ago
10































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















