“Kursus paling ‘mahal’ setakat ni” – Video ‘Fashion Show’ Tular, Netizen Terkejut Pelajar Perlu Tanggung Kos Model Runway

15 hours ago 11

Seperti yang kita tahu, setiap kursus pengajian di universiti mempunyai kadar kos yang perlu ditanggung oleh pelajar bagi setiap semester. Setiap kursus pengajian juga mempunyai cara penilaian subjek yang berbeza.

Sebagai contoh, sesetengah kursus hanya menilai pelajar melalui peperiksaan akhir atau kertas kajian bebas untuk menamatkan semester terakhir. Namun bagi pelajar yang mengambil kursus seni seperti seni reka atau seni halus, penilaian dibuat melalui projek akhir tahun mereka.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang dimuat naik oleh seorang pelajar seni reka di Universiti Teknologi MARA (UiTM), memaparkan beberapa klip semasa acara projek akhir tahunnya.

Artikel Berkaitan: Kontrak Lebih 20 Staf Ditamatkan, UKM Jelaskan Ia Dilakukan Mengikut Prosedur

Di dalam video tersebut memaparkan beberapa model yang sedang memperagakan busana yang direka khas oleh pelajar tersebut.

@deyanazamilii UITM DEGREE FASHION SHOW 2026 A collection inspired by Anthill Art. #uitmshahalam #fashionstudent #fastouitm ♬ kavkaz prod. starly – тгк: prod. starly

Di ruangan komen video itu, ada yang bertanya sama ada kadar bayaran model yang memperagakan busana ditanggung oleh pelajar atau fakulti. Pemilik video menjelaskan bahawa pelajar sendiri yang perlu membayar bayaran model tersebut.

Screenshot 2026 02 18 152140

Screenshot 2026 02 18 141029

Perkara ini membuatkan ramai netizen terkejut apabila mengetahui pelajar perlu mengeluarkan duit untuk menanggung kos bayaran model semasa projek akhir tahun mereka.

Di ruangan komen video itu, ada yang menyatakan bahawa kadar bayaran bagi seorang model boleh mencecah sehingga RM500 dan ke atas.

Hangat di Threads, yang berkata kursus ini memang memerlukan modal besar kerana kos busana dan bayaran model untuk runway bukan sedikit.

Beberapa alumni kursus ini turut berkongsi pengalaman mereka ketika mengikuti pengajian, mengatakan mereka pernah mengeluarkan wang sehingga beribu ringgit hanya untuk menampung kos sampingan bagi menyiapkan projek akhir tahun.

Screenshot 2026 02 18 152834

Namun, perkara ini bukanlah sesuatu yang baru bagi pelajar kursus tersebut. Setiap kursus lain juga biasanya mempunyai kos sampingan yang perlu ditanggung, seperti bayaran buku tambahan dan keperluan lain.

Menjengah ke ruangan komen, beberapa netizen memuji usaha pelajar ini yang sanggup mengeluarkan kos tinggi demi menyiapkan projek akhir tahun, sambil menegaskan bahawa dedikasi mereka seharusnya dibanggakan.

Screenshot 2026 02 18 153726

Screenshot 2026 02 18 154131

Sumber: Threads 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |