Pada Januari lalu, isu hangat melibatkan dua pelakon cilik, iaitu Mia Sara Nasuha dan Puteri Balqis, telah mencetuskan perhatian warganet. Puteri Balqis mendakwa dirinya serta ibunya pernah dihina dan dibuli oleh Mia Sara Nasuha, sekali gus menyatakan bahawa dia tidak lagi mahu terus menjadi mangsa buli.
Tidak berdiam diri, baru-baru ini Mia Sara Nasuha tampil memberikan penjelasan tentang isu yang terpalit dengan memuat naik satu video berdurasi 9 minit menerusi akaun @therealmiasara .
Artikel Berkaitan: “Yang dib*li kekal menderita, si pemb*li riang ketawa” – Puteri Balqis
Artikel Berkaitan: “Terima kasih sebab pernah tolong akak” – Siti Jamumall Bagi Sokongan Moral Buat Mia Sara, Mohon Henti Sebarkan Aib
Mia Sara Nasuha telah memperjelaskan segala isu yang berkaitan di dalam video tersebut dan menyatakan dia hanya pernah berjumpa dengan Puteri Balqis dan ibunya sekali seumur hidup sahaja.
“Saya pernah berjumpa dengan dia sehari dan sekali sahaja seumur hidup saya” – kata Mia Sara Nasuha di dalam video tersebut.
Mia Sara Nasuha turut menegaskan bahawa dia tidak pernah membuli atau menghina Puteri Balqis, malah menyifatkan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya sebagai satu dakwaan yang amat berat.
“Itu adalah tuduhan yang sangat-sangat berat kerana pada waktu itu saya baru berumur 7 tahun dan saya tidak pernah kenal sama sekali mak Puteri Balqis.”
Dalam masa yang sama, Mia Sara Nasuha turut menafikan dakwaan bahawa dia bersama Rykarl Iskandar pernah membuli Puteri Balqis ketika berada di set penggambaran. Malah, dia juga menegaskan bahawa dia tidak pernah bekerjasama dengan kedua-dua pelakon tersebut dalam mana-mana iklan jenama.
Mia Sara Nasuha juga mendedahkan bahawa dia pernah cuba menghubungi Puteri Balqis menerusi Instagram. Namun usahanya tidak berjaya apabila dia mendakwa telah disekat oleh Puteri Balqis di semua platform media sosial.
Disebabkan isu tersebut, Mia Sara Nasuha menyatakan dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap Puteri Balqis serta beberapa individu lain yang didakwa terlibat dalam usaha memburukkan namanya.
“Saya tidak akan teragak-agak ambil tindakan undang-undang terhadap Puteri Balqis dan orang-orang yang memburukkan nama saya.”
Sebelum ini, nama Mia Sara Nasuha dikaitkan dengan dakwaan sebagai punca konflik keluarga Puteri Balqis, sekali gus mencetuskan perbalahan hangat di media sosial.
Sumber: Instagram

13 hours ago
10































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















