Nampaknya kejadian lubang benam atau sinkhole bukan hanya pernah berlaku di negara kita kerana tahun lalu, ia juga terjadi di Thailand dan Singapura.
Terkini, pekerja tapak pembinaan di Shanghai, China berdepan detik cemas apabila lubang benam terjadi di kawasan pembinaan di barat daya Shanghai.

Menurut laporan CNA, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan kerana pekerja di situ sempat menyelamatkan diri.
Manakala kompleks perumahan dan bangunan pejabat berdekatan dengan lolasi itu telah pun dikosongkan.
Kejadian lubang benam ini berlaku baru-baru ini iaitu sehari selepas kebocoran air ditemui oleh pekerja tapak pembinaan itu ketika melakukan kerja penggalian untuk projek laluan metro.

Usaha untuk menampal kebocoran itu telah dilakukan namun tanah di lokasi itu tetap runtuh keesokan harinya.
Video kejadian itu difahamkan telah sempat dirakam dan telah tular di media sosial.
Sumber: Channel News Asia

21 hours ago
10































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















