Pejam celik, Ramadan dah pun menjelma. Tinggal sehari sahaja lagi sebelum umat Islam mula berpuasa dan seperti biasa, pasti banyak bazar ramadan yang akan dibuka bagi memenuhi misi mencari juadah berbuka.
Namun, tular baru-baru ini sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Threads menunjukkan deretan peniaga yang mula menjual makanan dan minuman di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad pada waktu malam.
Artikel Berkaitan: Tahun Baru Cina & Awal Ramadan Bakal ‘Bertembung’, Bos Jual Ikan Ingatkan Pelanggan Beli Lauk Siap-siap
Menurut pengguna Threads itu, deretan gerai tersebut seakan-akan sebuah bazar yang muncul secara tiba-tiba di hadapan bangunan bersejarah itu, sekali gus mengganggu keindahan pemandangan di situ.
Dia turut menggesa pihak berkuasa iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar mengambil tindakan segera dengan memantau kawasan tersebut bagi mengelakkan peniaga terus membuka gerai di hadapan bangunan tersebut.

Menurut pengguna Threads itu juga, harga secawan air di deretan gerai tersebut dikatakan mencecah sehingga RM7, yang dianggap tidak masuk akal untuk minuman yang dijual di tepi jalan.
Menerusi ruangan komen, terdapat pengguna yang turut berkongsi video menunjukkan peniaga-peniaga tersebut sudah mula membuka gerai di sekitar kawasan berkenaan sebelum ini. Namun kini, mereka dilihat semakin berani apabila membuka gerai terus di hadapan bangunan tersebut.
Rata-rata netizen turut menggesa pihak DBKL supaya mula memantau kawasan tersebut sebelum lebih banyak gerai dibuka selepas ini.

Boleh ke berniaga di tepi jalan sebenarnya?
Kalau korang nak tahu, Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016 menetapkan, setiap penjaja wajib ada lesen daripada pihak berkuasa tempatan (PBT). Seperti dalam kes ini, peniaga perlu mendapat kelulusan DBKL.
Jika peniaga didapati tidak mempunyai lesen dan berniaga di atas tapak yang tidak dibenarkan, pihak DBKL boleh menahan atau menyita gerai tersebut.
Sumber: Threads

18 hours ago
9































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















