Pelakon Haneesya Hanee meluahkan rasa terkilannya selepas video lama yang tular pada 8 tahun lepas di sebuah kelab malam diungkit semula oleh netizen berikutan dengan kontroversi perbalahan yang membabitkan pelakon Anna Jobling dan ibunya, Ariz Arop.
Kata Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahlan, 25, dia tak faham kenapa namanya tiba-tiba dipetik sedangkan dia sudah lama tidak menyebut atau membincangkan tentang Anna.
Artikel berkaitan : “To be honest aunty tak tau” – Ibu Nafi Anna Jobling Sebarkan Video Haneesya Di Kelab
Artikel berkaitan : “Buat apalah aku nak naik bas” – Haneesya Hanee Beri Penjelasan, Isu Dituduh Naik Bas Dengan Aliff Aziz
Pelik nama tiba-tiba kena petik bila anak-beranak bergaduh
Bekas finalis Dewi Remaja ini bagaimanapun akui bahawa memang silapnya pergi ke kelab malam dan waktu itu dia tidak bersuara.
“Dulu aku tak bersuara sebab aku mengaku salah pergi minum di kelab malam. Tapi perkara itu dah 8 tahun berlalu, kenapa tiba-tiba nama aku kena petik bila timbul isu anak-beranak tu?”
“Aku dah tak sebut nama si polan dah beberapa tahun. Aku tak pernah mengiyakan atau menidakkan dakwaan kononnya dialah yang sebar video itu.”
“Netizen yang memandai petik dan sebarkan perkara tak betul. Aku pun tak tahu dia ada masalah dengan mak dia.”
@haneesyahanee_Replying to @Preloved by ODy
♬ original sound – Haneesya Hanee – Haneesya Hanee
Jelas Haneesya lagi, dia masih lagi berasa malu dan kecewa dengan peristiwa itu dan berharap agar dia dapat dilupakan.
“Ingat aku tak malu dan kecewa ke? Bertahun aku cuba supaya orang lupakan kisah silam aku tapi tiba-tiba timbul balik.”
“Serius aku nak jaga nama baik, aku buat salah sekali tapi kenapa korang nak hukum lagi, korang semua ni Tuhan ke?”
Katanya lagi, dia tidak peduli mengenai kerjaya dan pencapaian Anna, dia kini hanya mahu mencari rezeki halal untuk menyara keluarga.
“Kalau korang peminat fanatik dia, aku tak kisah dan tak peduli. Dia banyak tawaran kerja sampai peringkat antarabangsa. Aku cuma nak kerja halal bagi keluarga aku makan dan nak perbaiki kehidupan kami.”
“Kalau aku banyak duit, dah lama aku bayar peguam saman orang, tapi sumpah aku tiada duit banyak. Aku kerja keras sebab nak ada duit untuk upah orang padamkan video lama kau yang tersebar dulu.”
Sebagai rujukan, nama Haneesya Hanee menjadi perhatian selepas video menunjukkan dia dan rakan-rakan tular berada di sebuah kelab malam yang sekali gus memberi impak besar terhadap kejayanya termasukkan kemenangan sebagai juara Dewi Remaja ditarik balik.