Pihak polis kini sedang mengesan dua orang lelaki yang disyaki melarikan peti wang dan telefon bimbit milik seorang peniaga yang menjual ‘nasi bajet’ di gerainya di tepi Jalan Lebuh Meru Raya, Ipoh, Perak.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa yang berusia 21 tahun sedang berniaga dan membungkus makanan sebelum didatangi oleh dua lelaki bermotosikal jenis Yamaha Y15ZR warna perak.
Artikel berkaitan: “Peragut tutup no plat guna plastik” -Wanita Diragut & Langgar Lari Ketika Bawa Motosikal Di Klang
Artikel berkaitan: “Nak cari duit senang kerja malas” – Ramai Puas Hati Tengok Makcik ‘Ajar’ Peragut
Curi hasil titik peluh orang – Netizen
“Ketika mangsa sedang membungkus nasi, suspek dipercayai melarikan sebuah peti wang mengandungi wang tunai serta sebuah telefon bimbit jenis Iphone 13 miliknya sebelum melarikan diri menaiki motosikal dan menghala ke arah bulatan Meru Raya.”
“Anggaran kerugian keseluruhan adalah kira-kira RM2,000 membabitkan wang tunai dan sebuah telefon bimbit.”
Kejadian tesebut tular di media sosial dan dapat dilihat selepas peti duit dibawa lari, wanita tersebut meraung kecewa meratapi nasib yang menimpanya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berasa simpati, sedih dan marah melihat nasib malang mangsa yang bersusah payah mencari rezeki namun semuanya diambil begitu sahaja oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.

Susulan dengan kejadian tersebut, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah memohon kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 05-2451500 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan polis sedang giat mengesan suspek yang terbabit,” katanya.
Sumber : Threads, Berita Harian

16 hours ago
13































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















