2cap

Pempengaruh dan usahawan Asyraf Khalid bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap penyanyi rap Caprice susulan beberapa hantaran media sosial yang didakwa memfitnah dan mencemarkan nama baiknya.

Screenshot 2025 08 02 at 11.27.27 AM

Memetik laporan Kosmo!, Asyraf, 33, berkata tuduhan terbabit berkaitan dengan jemputannya terhadap seorang individu kontroversi dalam podcastnya, yang membawa kepada kecaman keterlaluan termasuk tuduhan palsu seperti perogol dan pedofilia.

Saya telah cuba jelaskan perkara sebenar dan ambil keputusan untuk tidak menyiarkan episod tersebut. Tetapi Caprice terus menyerang secara terbuka sehingga orang ramai turut mengecam saya dan keluarga”

Asyraf turut menyatakan kekecewaannya apabila dia dituduh hanya berjaya kerana statusnya sebagai anak Datuk K, serta terpaksa berdepan tekanan emosi dan mental akibat serangan dalam talian.

Peguamnya, Abdul Hakiem Aiman, memaklumkan satu laporan polis telah dibuat dan saman fitnah serta saman malu akan difailkan dalam masa terdekat selepas meneliti semua fakta.

Screenshot 2025 08 02 at 11.26.53 AM

Menurutnya, Caprice tidak mendapatkan penjelasan daripada pihak Asyraf sebelum memuat naik dakwaan berkenaan, dan sebarang perbincangan lanjut sepatutnya dibuat secara tertib, termasuk melalui mediasi.

Sebelum ini, Caprice atau Ariz Ramli mendakwa individu yang dijemput dalam podcast itu pernah mencederakan beberapa orang termasuk dirinya, sekali gus mempersoalkan keputusan Asyraf menampilkan tetamu berkenaan.

Baca: “Saya nak permohonan maaf” – Isu Anggota Polis Ajak Wanita ‘Check-In’ Hotel, Caprice Bawa Mereka Bersemuka

Screenshot 2025 08 02 at 11.25.11 AM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.