Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Dr Fuziah Salleh menyatakan bahawa permintaan terhadap bekalan beras tempatan kurang mendapat sambutan daripada masyarakat.
Katanya, ketika ini terdapat lambakan beras putih tempatan yang mana situasi ini berpotensi menjejaskan jualan barangan tersebut di pasaran.
“Sebelum ini rakyat bising berkenaan tiadanya bekalan beras tempatan seolah-olah kerajaan gagal menyediakannya.
“Namun apabila beras tempatan penuh di pasar raya, ia tidak laku. Di program Jualan Rahmah pun tidak laku.”
Artikel berkaitan: Fahmi Reza Lukis Kartun Satira Wajah Menteri Pertanian & Keterjaminan Makanan, Ini Respon Mohamad Sabu
Artikel berkaitan: Beras Tempatan Campur Dengan Beras Import Dah Berlaku Sejak 1970-an – Mat Sabu
Fuziah berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat yang bertanyakan mengenai naratif diberikan seolah-olah kenaikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dan tarif elektrik membebankan rakyat.
Suhaizan berkata, meskipun kenaikan harga memberi tekanan kepada rakyat, namun premis pasar raya dan restoran masih dilihat penuh dengan pengunjung, manakala jalan raya juga sesak dengan kenderaan di lebuh raya.
“Jadi, naratif yang dibangkitkan Ahli Parlimen Pulai mungkin ada kebenarannya atau mungkin direka. Daripada pengamatan kami, (beras tidak laku) ini yang berlaku,” kata Fuziah.
Tambah beliau lagi, ekonomi rakyat disifatkan sebagai perkara yang subjektif memandangkan setiap individu mempunyai beban kos sara hidup yang berbeza.
Sumber: Sinar Harian