Baru Sahaja Berdamai, Tentera Thailand Tuduh Kemboja Langgar Gencatan Senjata

2 days ago 16

Tentera Thailand hari ini telah menuduh Kemboja melanggar gencatan senjata selepas beberapa jam perjanjian tersebut mula berkuat kuasa, dengan katanya pertempuran itu berterusan.

Susulan dengan rundingan damai yang dilakukan di Malaysia semalam, Kemboja dan Thailand telah bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata tanpa sebarang syarat, yang mana bermula pada tengah malam Selasa bagi menamatkan pertempuran berhubungan dengan kuil purba di kawasan yang dipertikaikan di sepanjang garis sempaan 800 kilometer sempadan mereka.

Artikel berkaitan : AS Puji Kepimpinan PMX, Jadi Orang Tengah Rundingan Gencatan Senjata Kemboja-Thailand

Artikel berkaitan : Tiba-tiba Ada Serangan Di Sempadan Thailand-Kemboja, Apa Sebenarnya Yang Berlaku?

“Pada masa perjanjian itu berkuat kuasa, pihak Thai mengesan bahawa tentera Kemboja melancarkan serangan bersenjata ke beberapa kawasan dalam wilayah Thai,” kata jurucakap tentera Thai, Winthai Suwaree.

“Ini pelanggaran perjanjian yang disengajakan dan percubaan jelas untuk menjejaskan kepercayaan bersama. Thailand terpaksa bertindak balas dengan sewajarnya, menggunakan hak yang sah untuk mempertahankan diri.”

Dalam pada itu, jurucakap untuk kementerian pertahanan Kemboja, Maly Socheata menegaskan bahawa tiada sebarang pertempuran bersenjata antara satu sama lain di mana-mana wilayah.

Di bandar Samraong di Kemboja iaitu 20 kilometer dari sempadan, seorang wartawan berkata bunyi letupan berhenti dalam masa 30 minit menjelang tengah malam dengan ketenangan yang berterusan sampai pagi.

Screenshot 2025 07 29 153251

“Barisan hadapan sudah berkurangan sejak gencatan senjata pada 12 tengah malam,” kata Perdana Menteri Kemboja Hun Manet dalam mesej pagi Selasa di Facebook.

Jet, roket dan artileri didakwa membunuh sekurang-kurangnya 38 orang sejak Khamis lalu dan menyebabkan seramai 300,000 orang telah kehilangan tempat tinggal di kedua-dua negara yang telah mendorong campur tangan daripada Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada hujung minggu lalu.

Jelas Thailand, 11 daripada tenteranya dan 14 orang awam telah terbunuh, sementara Kemboja mengesahkan hanya 8 orang awam dan 5 tentera maut. Lebih 138,000 orang melarikan diri dari kawasan sempadan Thailand, manakala kira-kira 140,000 terpaksa berpindah dari rumah mereka di Kemboja.

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |