dato vida sedekah barang lama banglo besut

Usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida berkongsi beliau mahu bersedekah dengan memberi barangan yang terdapat dalam banglo lamanya di Besut, Terengganu.

Justeru, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman menjemput warga Terengganu khususnya penduduk Besut & Jerteh untuk berkumpul di rumah itu pada Jumaat.

Menerusi satu perkongsian di laman TikTok, usahawan yang juga mesra dikenali sebagai DSV itu memaklumkan bahawa orang ramai boleh mula berkumpul seawal jam 3 petang ini untuk mengambil barangan.

Artikel berkaitan: “Sampai termuntah” – Dato Vida Rawat Siti Jamumall Guna Ayat Al-Quran

Artikel berkaitan: “Siap mak boleh ada kat sebelah” – Netizen Pelik Lihat DSV ‘Join’ Cik B Buat ‘Presentation’ Dalam Kelas

“Insya-Allah, Datuk Seri Vida (DSV) akan turut bersama di dalam majlis ini dan akan menyerahkan barang-barang di dalam rumah kepada yang datang. Sesiapa yang ingin berjumpa dengan DSV juga amat dialu-alukan.

“Semoga majlis ini membawa keberkatan dan kebaikan buat semua yang hadir,” tulis kapsyen video itu.

@_.eeiqwan

Jemput hadir pada hari Jumaat, 1 Ogos 2025, jam 3:00 petang di Baitul Nurly Jannah, Kampung Batu Tumbuh, Besut, Terengganu. InsyaAllah, Dato’ Seri Vida (DSV) akan turut bersama dalam majlis ini dan akan menyerahkan barang-barang di dalam rumah kepada yang datang . Sesiapa yang ingin berjumpa dengan DSV juga amat dialu-alukan. Semoga majlis ini membawa keberkatan dan kebaikan buat semua yang hadir. #foryourpage #baitulnurlyjannah #dsv #hafizah #30juz

♬ الصوت الأصلي – maherzainfanforever

Dalam video yang dikongsikan, Vida memaklumkan orang ramai boleh mengambil barangan seperti tilam, katil, meja, kerusi, sofa, pasu bunga dan pelbagai lagi yang sesuai untuk mereka ambil.

Ujarnya, penyerahan barang akan dilakukan di Baitul Nurly Jannah, Kampung Batu Tumbuh, Besut.

Difahamkan, banglo mewah itu akan diwakafkan Vida untuk dijadikan sebagai pusat tahfiz Al-Quran dan nama yang diberikan bersempena memperingati arwah Nurly Shahirah Azman iaitu mangsa nahas bas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.