Keberadaan tiga ekor gajah yang dibesarkan di Malaysia dan kini ditempatkan di Zoo Tennoji, Jepun sejak April lalu telah mengundang pelbagai reaksi rakyat tempatan.
Susulan kebimbangan dan gesaan daripada rakyat Malaysia, Zoo Tennoji tampil memuat naik siri foto Dara, Amoi dan Kelat (DAK) yang didakwa hidup dalam keadaan baik di bawah jagaan mereka.

Menurut pihak zoo, Kelat berusia 20 tahun digambarkan sebagai gajah yang tegas tetapi manja serta gemar bersama dua gajah betina lain walaupun kebiasaannya gajah jantan seusianya hidup bersendirian.

“Sepanjang sebulan lalu, Kelat dilihat sebagai gajah yang tegas, namun pada masa sama sedikit manja seperti kanak-kanak.
“Difahamkan, gajah Asia jantan pada usia sebegini kebiasaannya hidup bersendirian dan tidak berada dalam kumpulan. Justeru, di kandang gajah Zoo Tennoji, kami mempunyai sebuah rumah gajah khas yang membolehkan gajah jantan tinggal secara bersendirian,” katanya.
Sementara itu, Dara yang berusia 14 tahun disifatkan sebagai gajah yang berhati-hati dan bertanggungjawab.


Artikel berkaitan: “Bawa mereka pulang!” – Menteri Besar Pahang & NRES Gesa Zoo Taiping Bawa Dara, Amoi & Kelat Pulang
Artikel berkaitan: “Gajah pun tahu bau orang kita!” – Netizen Sayu Tengok Dara, Amoi & Kelat Berhenti Bila Nama Dipanggil Pelancong Malaysia
3 mahut jaga DAK
Dalam perkembangan lain, tiga mahut atau penjaga gajah dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah (NECC) berada di zoo berkenaan untuk menjaga DAK.
Mereka berada di sana selama dua bulan, dengan mungkin akan dipanjangkan tempoh bertugas bergantung keperluan operasi serta penilaian pihak pengurusan zoo.
Sumber: Sinar Harian, Berita Harian

1 hour ago
8































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















