Penyanyi dan pelakon Fiza Thomas memohon kepada orang ramai untuk berikan ruang dan peluang kepada pelakon Aliff Aziz untuk menonjolkan bakatnya dalam pementasan teater muzikal Mansur & Liu yang bakal berlangsung pada September depan.
Sebagai antara pelakon yang telah menjayakan teater arahan Datuk M. Nasir itu, Fiza mengatakan bahawa perkara tersebut disuarakannya selepas melihat kesungguhan penyanyi lagu Sayang Sayang itu berlatih bersama seluruh pasukan Mansur & Liu sejak 25 hari lalu.
Artikel berkaitan : Ibu Aliff Aziz Luah Rasa Rindu, Dah 3 Tahun Tak Jumpa Cucu
Artikel berkaitan : “Dia tinggi, kacak & boleh nyanyi” – Netizen Pertikai Aliff Aziz Pegang Watak Sultan Mansur, Hazama Tampil ‘Backup’
Memang dia ada kisah silam tetapi janganlah menghukum sehingga menutup periuk nasinya – Fiza Thomas
“Saya sudah bertemu dan berlatih dengannya selama 25 hari dan dia banyak bertanya bagaimana cara untuk menjadi pelakon teater muzikal. Saya tak mengikuti cerita sensasi dia tetapi saya melihat Aliff sebagai individu yang memang nak belajar.”
“Berilah peluang kerana dia hebat. Sepanjang 25 hari berlatih, dia bertanya banyak soalan sedangkan dia memang ‘power’ berlakon teater muzikal.”

Menurut Fiza lagi, Aliff juga ada kongsikan komen-komen netizen yang ‘menentang’ dengan pemilihannya untuk memegang watak Sultan Mansur Shah sampai ada yang ingin memboikot pementasan teater muzikal itu.
Kata Fiza, Aliff memilih untuk tidak mengambil serius dengan semua kecaman yang dilontarkan kepadanya.
“Kadang-kadang kami ada juga bergurau apabila dia tunjuk mengenai hal ini sambil memberitahu komen-komen netizen yang ditujukan kepadanya sambil tergelak.”
“Kami ada juga minta dia jangan ambil kisah dan Aliff beritahu dia tak peduli dan okey saja. Tapi luaran mungkin dia okey, dalam hati dia kita tak tahu termasuk keadaan mentalnya.”

Dalam pada itu, Fiza kurang bersetuju dengan tindakan individu yang mahu memboikot pementasan teater tersebut hanya disebabkan ada Aliff.
“Saya tak gemarlah trend boikot-memboikot dan bukan jenis akan balas jika orang buat benda tidak baik kepada saya. Namun, semua orang ada pilihan tetapi kalau boleh teruskan buat baik dengan individu lain.”
Selain Fiza dan Aliff, Mansur & Liu turut dibintangi barisan pelakon hebat seperti Melinda Dadew, Amerul Affendi, Sherry Alhadad, Hazama, Arena Wan dan Ruzana Ibrahim. Pementasan Mansur & Liu itu dijadualkan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, dari 10 hingga 20 September 2026.
Sumber : Kosmo!

14 hours ago
10






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















