“Ibu bapa saya kecil hati” – Terima Pelbagai Tuduhan Gara-gara Cerita Anak Bunian, Eyra Hazali Bersuara

14 hours ago 11

Pelakon Eyra Hazali mencuri perhatian ramai selepas berkongsi kisah misteri berhubung kelahirannya menerusi satu sesi podcast. Eyra mendedahkan kejadian tersebut membuatkan adik-beradiknya menggelarnya sebagai ‘anak bunian’.

Bagaimanapun, perkongsian terbabit telah mengundang pelbagai spekulasi dan tuduhan daripada segelintir pihak sehingga menimbulkan fitnah terhadap ahli keluarganya.

Menerusi satu hantaran di Threads, Eyra menyatakan terdapat segelintir pihak yang mula mempersoalkan status ayahnya sebagai bapa kandung selain mempertikaikan kesahihan perkahwinannya dengan Haziq Nadzli.

“Perkara ini telah mengundang beberapa fitnah yang agak melampau melibatkan ibu bapa saya.

“Antara fitnah itu adalah saya dikatakan anak bunian. Ada juga yang mempersoalkan betul ke ayah saya ayah kandung.

“Selain itu, ramai persoal perkahwinan saya dengan suami sah atau tidak. Perkara ini dah jadi tak sedap untuk didengar,” katanya.

Ibu kepada tiga orang anak itu menjelaskan bahawa dirinya tidak pernah mengakui sebagai anak bunian dan berharap orang ramai menghentikan segala spekulasi yang boleh mengundang pelbagai komen negatif.

“Saya tidak pernah sebut saya anak bunian. Saya cuma cakap adik beradik mengusik saya anak bunian sebab kisah misteri selepas ibu saya buang televisyen lama di kawasan hutan.

“Kalau anda tak rasa perkara itu, anda tidak boleh menidakkan pengalaman orang. Tak boleh cakap perkara itu tak terjadi hanya kerana anda tak lalui.

“Dalam dunia ada macam-macam cerita. Apa yang kita boleh percaya, ini semua adalah kuasa Allah,” katanya lagi.

@sembangseram

Kelahiran dia misteri weh, ke dia betul2 anak bunian? Kot ada kaitan ke apa? 😰 #eyrahazali #sembangseram #podcast #horrorstory #ceritaseram

♬ original sound – sembangseram – sembangseram

Artikel berkaitan: “Hinaan mendoakan suami saya lumpuh itu melampau” – Eyra Hazali Kecewa Haziq Nadzli Dihina Susulan Kekalahan Harimau Malaya Kepada Thailand

Artikel berkaitan: “Malaysia dapat keper bangang, sebab tu hancur” – Eyra Hazali Maafkan Individu Yang Hina Suaminya Secara Terbuka

“Korang cari tentang cryptic pregnancy”

Mengulas lanjut, Eyra turut menjelaskan ibunya tidak pernah didatangi haid selama 9 tahun selepas melahirkan arwah abangnya.

Walaupun tiada sebarang tanda kitaran haid sepanjang tempoh itu, ibunya disahkan hamil tanpa disedarinya.

Dari sudut perubatan, situasi ini sering dikaitkan dengan cryptic pregnancy atau kehamilan tersembunyi, di mana seorang wanita hamil tanpa menyedari sebarang perubahan atau simptom fizikal yang jelas.

Berhubung kejadian ibunya membuang televisyen sebelum menyedari kehamilan tersebut, ia hanyalah satu kebetulan dan bukannya disebabkan sebarang unsur mistik seperti yang disangka.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |