Ibu kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, iaitu Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz mengakui bahawa dirinya pernah berada dalam dilema semasa pertama kali mengenali Bella Astillah kerana pada waktu itu kes mahkamah anaknya masih belum selesai.
Jelasnya, bukanlah dia tidak mahu menerima Bella, tetapi jika keputusan mahkamah tidak memihak kepada Syed Saddiq, ia mungkin memberi kesan keapda masa depan bakal menantunya itu.
Artikel berkaitan : Duduk Semeja Ketika Majlis Pertunangan BASS, Asyraf Khalid Ambil Peluang Mohon Maaf Kepada Fazura
Artikel berkaitan : “Tolong jangan serang Mama” – Presiden BASS Minta Netizen Bertenang, Maklum Ibu Kurang Arif Bab IT
Enggan aniaya anak perempuan orang – Sharifah Mahani

“Terus terang saya cakap, masa mula-mula jumpa Bella, Saya tak percaya dan khuatir. Saya dalam dilema sama ada Bella akan menjadi menantu saya atau tidak sebab perbicaraan di mahkamah.
“Bukan saya tak sayang Bella. Saya banyak berdiam diri sebab penentuannya ketika itu adalah mahkamah. Kalau Saddiq kalah, minta dijauhkan, saya tak nak aniaya anak perempuan orang. Berdosa.”
Jelasnya, dia mula rasa lega sepenuhnya dan sedia menerima Bella sebagai menantu selepas keputusan mahkamah memihak kepada Syed Saddiq.
“Bila Saddiq diberikan kemenangan, syukur Alhamdulillah. Hati begitu gembira dan barulah boleh bersedia untuk bersama-sama menerima Bella dalam keluarga kami.”

Dalam masa sama, beliau juga memuji keperibadian penyanyi tersebut dengan menyifatkan bahawa Bella seorang wanita yang berdikari, berani dan sentiasa berusaha keras untuk mendapatkan sesuatu.
“Apa yang saya nampak, Bella seorang yang berdikari. Banyak perkara dia cuba lakukan sendiri dan dia berani tampil ke hadapan untuk mencapai kejayaan.”
“Dia bukan hanya pandai bercakap, tetapi cakap dan lakukan. Apa yang dia usahakan bukan untuk diri sendiri saja tetapi untuk anak-anak, Ara dan Ayden serta keluarganya.”
Sharifah Mahani berkata pengalaman kegagalan rumah tangga Bella sebelum ini juga dapat membuatkan Bella menjadi lebih kuat untuk meneruskan kehidupan dan membina masa depan bersama anak-anak.
Sebelum ini, Bella dan Syed Saddiq mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober nanti selepas berkongsi tarikh pernikahan mereka menerusi program MeleTOP.
Sumber : Gempak

12 hours ago
11






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















