Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Seri Hajah Nancy Shukri hari ini merasmikan Program Santun Kasih Pemandiri @ Keganasan Rumah Tangga Atau singkatannya SARI@KRT anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).

YB Dato’ Seri Hajah Nancy Shukri dalam ucapannya berkata inisiatif SARI@KRT dirangka untuk memperkukuh usaha dan sokongan kepada pemandiri keganasan rumah tangga melalui penyampaian maklumat, sokongan psikososial, akses kepada bantuan perundangan, perlindungan, rujukan kepada perkhidmatan yang bersesuaian serta program pemerkasaan yang dapat membantu mereka meneruskan kehidupan dengan lebih yakin dan selamat.

Keganasan bukan sekadar melibatkan penderaan fizikal. Ia turut merangkumi penderaan emosi, psikologi, seksual dan kewangan, termasuk keganasan digital atau keganasan berasaskan gender dalam talian. Tingkah laku ganas, gangguan dan eksploitasi yang dilakukan melalui media sosial juga boleh memberikan kesan yang mendalam terhadap individu yang menjadi mangsa.
Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia, sebanyak 4,014 kes keganasan rumah tangga telah direkodkan sehingga Jun 2026 di seluruh negara, berbanding 3,768 kes bagi tempoh yang sama pada tahun lalu.
Peningkatan kes ini jelas menunjukkan bahawa isu keganasan rumah tangga menuntut perhatian dan tindakan yang serius daripada semua pihak.
Usaha pencegahan perlu diperkukuh secara berterusan melalui peningkatan kesedaran masyarakat, pengukuhan sistem sokongan serta pemerkasaan mekanisme intervensi di peringkat komuniti, agar setiap individu yang berdepan dengan insiden keganasan dapat dibantu, dilindungi dan dirujuk kepada perkhidmatan yang sewajarnya.

Inisiatif SARI@KRT merupakan inisiatif baharu kerajaan yang memberi fokus khusus kepada pemandiri yang terlibat secara langsung dalam usaha menangani keganasan terhadap wanita dan keganasan rumah tangga.
Pemandiri atau survivor merujuk kepada individu, komuniti atau kumpulan yang mempunyai pengalaman lampau berhadapan dengan keganasan, seterusnya cuba berusaha untuk bangkit dan menanam sikap daya tahan serta terus hidup berdikari tanpa mengharapkan bantuan luar.
KPWKM komited sepenuhnya dalam usaha untuk menangani isu keganasan terhadap wanita. Menerusi Jabatan Pembangunan Wanita, kementerian juga akan terus melaksanakan advokasi serta program berbentuk pencegahan, perlindungan dan pemulihan, agar tiada masyarakat terutamanya golongan sasar iaitu wanita yang akan tercicir daripada mendapat manfaat daripada sistem sokongan yang diwujudkan.
Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Puan Lim Hui Ying, Ketua Setiausaha KPWKM, YBhg. Datuk Dr Maziah Binti Che Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPWKM, YBhg. Dato’ Ruziah binti Haji Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPWKM, YBrs. Encik Mohd Daud bin Mohd Arif, Ketua Pengarah JPW, YBrs. Puan Hanani Binti Sapit, United Nations Population Fund (UNFPA) wakil di Malaysia, Dr. Julitta Onabanjo, Pegawai-pegawai Kanan Jabatan dan Agensi Kementerian

2 hours ago
5






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















