Nabila Huda Niaga Pasta Pakaian

Nabila Huda tampil bersuara selepas dirinya dikritik segelintir pihak yang mendakwa pelakon berbakat besar itu tidak mengikut prosedur serta piawaian penyediaan makanan yang betul ketika berniaga menerusi projek jelajah Amore in Cucina.

Menerusi hantaran di Threads, Nabila atau mesra dengan panggilan Abil, 42, berkata jelajah Amore In Cucina bukanlah sebuah bisnes besar seperti yang disangka ramai.

Jelasnya, jelajah tersebut hanyalah projek kecil-kecilan yang dibuat dengan penuh ikhlas untuk berkongsi masakan bersama peminat.

“Ni bukan restoran. Ini macam homecook yang masak dekat rumah dan berkongsi dengan mereka yang nak rasa masakan Abil. Jelajah ni pun sejujurnya bukan niat utama untuk ‘buat duit’.

“Nak cakap untung besar memang langsung tak. Abil buat sebab gembira tengok orang datang support, datang makan, datang borak,” katanya.

Katanya lagi semua urusan perniagaan itu dilakukan secara sendiri daripada penyediaan hinggalah proses jualan.

Artikel berkaitan: “Mungkin saya tak penting” – Luahan Nabila Huda Di IG Buat Ramai Sebak

Artikel berkaitan: “Buku bertemu ruas, ramai sebenarnya dah jadi mangsa b*li & m*ki kau” – Nabila Huda

Dalam pada itu, dia tidak menyangka pemakaiannya ketika menyediakan makanan turut menjadi topik bualan di media sosial.

“Yang peliknya kenapa ramai sangat nak cari salah eh? Sampai pemakaian pun jadi isu.

“Yang kecam ni expect Abil pakai jubah ke macam mana ni? Korang nak apa ni sebenarnya?” soal Nabila.

Disebabkan itu, dia berasa terkilan kerana perkara yang dibuat secara ikhlas berubah menjadi kecaman orang ramai.

Sehubungan itu, Nabila berkata dia lebih selesa menjadi diri sendiri dan tidak mahu berpura-pura semata-mata meraih pujian orang ramai.

Tambahnya, setiap individu ditentukan rezeki masing-masing dah berharap orang ramai tidak menyimpan perasaan iri hati terhadap kejayaan orang lain.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.